Euforia Bola 2026
Didik

Hero Kanchong Darat ‘Mendunia’, Anak-Anak Sidek Gah Takluki Pentas Badminton!

anak-anak sidek

Sebut sahaja “Anak-anak Sidek”, sudah terbayang di fikiran watak Bun, Ajib, Alan, Aman dan Adul di dalam siri animasi tersebut yang mengangkat kisah benar 5 Sidek bersaudara. Di mana, mereka merupakan pemain lagenda badminton yang terkenal di Malaysia dan pentas dunia.

Malah, Anak-Anak Sidek dalam versi komik juga pernah mendapat permintaan yang tinggi daripada pembaca, pada suatu ketika dulu. Buat generasi muda yang baru ingin mengenali mereka, kisah keluarga Haji Sidek ini sangat dekat hati rakyat Malaysia kerana mempamerkan sifat kekeluargaan yang tinggi dengan didikan penuh berdisiplin.

Baca juga: Rumah Banyak Garam Tapi Pelik Mak Selalu Mintak Jiran, Rupanya Ada Nilai Orang Tak Tahu!

ANAK-ANAK SIDEK

anak-anak sidek

Gambar: The Patriots

Alang-alang pembaca semua sedang ‘demam’ Olimpik Paris, apa kata jom sama-sama menyelusuri serba-sedikit tentang Anak-Anak Sidek yang penulis kongsikan daripada beberapa sumber.

Latar belakang Anak-anak Sidek

Datuk (Dr.) Mohmed Misbun, Dato’ Mohamed Razif, Dato’ Sri Mohamed Jalani, Haji Abdul Rahman dan Datuk Abdul Rashid, kesemua individu ini pernah membanggakan negara satu ketika dahulu.

Difahamkan bapa mereka iaitu Dato’ Haji Mohd Sidek, telah membina beberapa buah gelanggang badminton di halaman rumahnya. Pada ketika itu, anak-anaknya diminta sentiasa turun ke gelanggang untuk berlatih.

anak sidek

Gambar: Allahyarham Dato’ Haji Mohd Sidek. – Abdul Barr

Boleh dikatakan, tempat tinggal mereka iaitu Kanchong Darat, Banting, Selangor telah menjadi saksi latihan awal 5 Sidek bersaudara sebelum berkecimpung dalam dunia badminton secara profesional.

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

Anak-anak Sidek mula menjadi tumpuan masyarakat

Siapa sangka, usaha Haji Sidek membuahkan hasil yang sangat berbaloi. Pada usia muda, lima Sidek bersaudara telah mula mencuri tumpuan orang ramai terutamanya Misbun.

Hal ini bermula, apabila beliau menjadi juara bawah 18 tahun pada kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pada usia 16 tahun.

Sementara, Razif yang bergandingan dengan Jalani juga meraih gelaran juara bagi kategori regu bawah 15 tahun.

anak sidek

Gambar: Dari kiri Haji Sidek dan anak-anaknya; Razif, Misbun, Rashid dan Jalani. – Abdul Barr

Begitu juga Abdul Rahman yang mewakili negeri Selangor pada usia kanak-kanak iaitu 11 tahun dan menjadi juara MSSM kategori bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun.

Tidak ketinggalan anak lelaki terakhir Sidek iaitu Abdul Rashid yang turut mengikuti jejak langkah abang-abangnya apabila pernah ditabal juara bawah 18 tahun MSSM. Selain pernah menjadi Olahragawan Kebangsaan sebanyak 4 kali.

Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

Kecermelangan Anak-anak Sidek di pentas dunia badminton

Sewaktu Misbun mewakili Malaysia di pentas antarabangsa, beliau jadi juara sebanyak 7 kali dalam acara perseorangan sejak berusia 18 tahun. Malah, hasil didikan beliau turut melahirkan juara dunia yang sangat kita kagumi, Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei dan juara All-England 2021, Lee Zii Jia.

Misbun juga pernah menjadi Olahragawan Kebangsaan sebanyak 2 kali, naib juara Piala Dunia (1982) dan kejohanan All England (1986).

Razif dan Jalani pula muncul juara bagi acara regu pada pentas antarabangsa sebanyak 29 kali. Tak dilupakan juga, mereka berdua pernah membawa pulang pingat Olimpik pertama negara iaitu gangsa pada temasya Barcelona 1992.

anak sidek

Gambar: Abdul Barr

Rahman juga mewakili skuad kebangsaan yang menang pada kejohanan Piala Thomas (1992).

Adik bongsu mereka iaitu Rashid juga tidak kurang hebatnya kerana pernah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti juara Piala Thomas (1992) dan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Itulah kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas yang dah ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh peminat-peminat badminton seluruh negara.

Baca juga: Mulanya Wanita Ini Mungkin Mandul, Berkat Usahanya Kini Bahagia Anak 10!

Teknik S-serve digeruni lawan hingga diharamkan IBF

pemain badminton malaysia

Gambar: Abdul Barr

Selain itu, mereka juga dikenali sebagai pengasas servis “S” atau “Servis Sidek” yang agak unik dan luar biasa. Teknik ini berjaya mengelirukan ramai pemain lawan.

Di mana, teknik ini menjadi daya muslihat untuk memperdayakan lawan menerima hantaran pertama setiap servis dengan keadaan bulu tangkis yang melayang dan berputar-putar.

Walau bagaimanapun, teknik ini diharamkan oleh International Badminton Federation (IBF) pada 1 Julai 1982 disebabkan protes dari negara-negara lain.

Baca juga: Arwah Mak Ajar Kena Raikan Keluarga, Harta Benda Dah Beli Jangan Simpan Buat Tetamu Je!

Monumen Badminton Keluarga Datuk Haji Sidek

anak-anak sidek

Gambar: Abdul Barr

Bagi mengenang kejayaan Anak-anak Sidek mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, sebuah monumen berupa lukisan mural yang dinamakan Monumen Badminton Keluarga Datuk Haji Sidek telah dibina di hadapan kediaman keluarga Sidek.

Ia terletak di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor dan dirasmikan pada awal Oktober 2020.

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

Sumber:  The Patriots / Wikipedia

FT Image: The Patriots

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×