Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Amira Othman & Fattah Amin Timang Cahaya Mata Lelaki, Umum Nama Indah Penuh Makna

AMIRA OTHMAN SELAMAT BERSALIN

Pelakon popular, Fattah Amin, berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Amira Othman selamat bersalin cahaya mata mereka pada jam 6.20 petang semalam.

Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran di media sosial miliknya yang turut memaklumkan bahawa bayi tersebut telah diberi nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.

Baca juga: Waktu Khas Masuk Hijir Ismail Di Masjidil Haram Diumumkan, Aturan Terkini Untuk Jemaah Lelaki & Wanita

AMIRA OTHMAN SELAMAT BERSALIN, FATTAH AMIN UMUM NAMA ANAK LELAKI

AMIRA OTHMAN SELAMAT BERSALIN

Dalam hantaran berkenaan, Fattah meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran berjalan dengan baik dan isteri serta bayi berada dalam keadaan selamat.

Dia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan sokongan sepanjang tempoh kehamilan sehingga kelahiran bayi tersebut.

Nama yang dipilih untuk cahaya mata mereka turut mencuri perhatian ramai apabila Fattah memperkenalkan anaknya sebagai Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah

Dalam perkongsian sama, Fattah turut menitipkan doa agar bayi mereka membesar menjadi anak yang soleh serta menjadi penyejuk hati kepada kedua ibu bapanya.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” luahnya.

AMIRA OTHMAN SELAMAT BERSALIN

Perkongsian gembira itu turut menerima reaksi positif daripada para peminat dan rakan selebriti yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan keluarga kecil tersebut.

Kelahiran cahaya mata ini pastinya menambah lagi kebahagiaan buat pasangan berkenaan yang kini melangkah ke fasa baharu sebagai ibu bapa.

“Alhamdulillah dan tahniah, semoga dengan kehadiran si kecil ini menjadi pelengkap hidup dan membawa seribu rahmat buat keluarga,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Ramai Buat Setiap Hari, Rupanya Tabiat ‘Scroll’ Telefon Bila Bangun Pagi Boleh Ganggu Otak!

Sumber: Fattah Aminz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×