Euforia Bola 2026
keselamatan

Kes Rompak Rumah Makin Menjadi-Jadi, Pasang 6 Benda ini Dekat Kediaman Rumah, Baru Selamat!

keselamatan rumah

Menerusi laman Facebook milik Zam Sani, dia menjelaskan bahawa keselamatan rumah bukan lagi soal pilihan, tetapi itu merupakan satu keperluan.

Dalam keadaan jenayah harta benda yang semakin kerap berlaku, langkah pencegahan awal boleh dilakukan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Baca juga: Anak Dituduh Rosakkan Perabot Dalam Kelas, Ibu Jalan Kaki Sambil Bawa Meja & Kerusi Untuk Ganti

6 CIRI KESELAMATAN RUMAH KENA BUAT, BARU RASA SELAMAT

KESELAMATAN RUMAH

Pencuri tak peduli sama ada rumah anda cantik atau tidak. Apa yang mereka tahu hanyalah sama ada rumah itu mudah untuk diceroboh atau sebaliknya.

Saya sendiri belajar perkara ini melalui pengalaman sebenar, bukan daripada media sosial, tetapi daripada perbualan terus dengan pihak polis.

Ketika saya membuat laporan mengenai kes pecah rumah di kawasan kediaman lama dahulu, pegawai polis jelaskan pada saya:

“Majoriti pencuri bukan datang sebab tahu ada barang mahal. Dia datang sebab nampak rumah itu senang masuk.”

Jangan tunggu kejadian berlaku kepada jiran barulah anda ambil tindakan. Pada waktu itu, anda bukan berada dalam keadaan selamat, tetapi baru menyedari kepentingannya.

Jadi, pastikan keselamatan rumah anda terjaga dengan cara-cara seperti di bawah:

1. Grill (Halangan fizikal)

– Pasang dekat semua tingkap, pintu depan, pintu dapur

– Guna besi hollow atau mild steel, jangan pakai aluminium murah senang kena hack.

– Elak jenis skru boleh buka, guna las penuh.

2. Alarm sistem (Bunyi + notis awal)

– Motion + magnetic sensor (kesan pergerakan)

– Siren kuat + boleh link ke aplikasi.

– Pencuri masuk, alarm bunyi = jiran alert, pencuri panik.

3. CCTV (Rakaman + pantauan jarak jauh)

– Minima 4 lokasi penting: depan, belakang, ruang tamu, tangga.

– Rakaman 24 jam + IR malam.

– Boleh pantau dari telefon dan mana-mana.

4. Spotlight dan lampu sensor

– Pasang di luar rumah dan belakang rumah.

– Bila ada gerakan, lampu spotlight akan terus menyala.

– Cahaya terang buat pencuri fikir dua kali nak masuk.

5. Pintu smart lock (Kalau ada bajet)

– Fingerprint + password + remote access.

– Boleh tahu siapa keluar masuk dan bila.

– Lagi selamat dari kunci biasa yang boleh duplicate.

6. Komuniti (Pagar sosial ramai abaikan)

– Join group WhatsApp kejiranan.

– Baik dengan jiran 40 kanan, 40 kiri.

– Kenal AJK, tahu siapa biasa ronda.

– Kalau ada orang luar, semua boleh alert serentak.

Kalau nak rumah selamat, kena buat kerja. Jangan jadi rumah cantik, tapi pencuri suka. Jangan jadi rumah besar, tapi anak takut tinggal sorang. Kalau tak mampu, buat satu persatu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Barang Dalam Rumah Seperti Pinggan Mangkuk Boleh Dituntut Selepas Bercerai? Peguam Jelas..

Sumber: Facebook Zam Sani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×