Euforia Bola 2026
Teknologi

Akaun Tabung Haji Boleh ‘Beku’ Kalau Tak Buat Langkah Ini, Jangan Menyesal Kalau Terlambat!

AKAUN TABUNG HAJI

Masih ramai yang belum tahu bahawa akaun Tabung Haji (TH) akan menjadi tidak aktif jika tiada sebarang transaksi dilakukan dalam tempoh melebihi 7 tahun. Apabila ini berlaku, ia boleh menjejaskan pelbagai urusan termasuk akses kepada perkhidmatan TH, kemas kini maklumat, serta kemudahan kewangan yang lain.

Oleh itu, amat penting untuk memastikan akaun Tabung Haji anda sentiasa aktif dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Rupanya ‘Upload’ Gambar Dekat Facebook Boleh Dapat Duit, Ini Cara Yang Ramai Tak Tahu!

LANGKAH AKAUN TABUNG HAJI KEKAL AKTIF, JANGAN TERLEPAS PANDANG

AKAUN TABUNG HAJI

1. Log masuk ke THiJARI

Anda hanya perlu log masuk ke portal rasmi THiJARI melalui www.thijari.com.my atau menggunakan aplikasi THiJARI.

2. Kemas kini maklumat peribadi

Kemas kini maklumat asas seperti:

  • Alamat tempat tinggal
  • Nombor telefon
  • Maklumat pasangan
  • Maklumat pekerjaan dan lain-lain

3. Lakukan transaksi kewangan

Sebarang transaksi kewangan seperti berikut juga akan mengaktifkan akaun anda:

  • Simpanan
  • Pengeluaran
  • Direct debit
  • Potongan gaji
  • Pemindahan antara akaun

Langkah-langkah ini mudah dan boleh dilakukan secara atas talian atau di kaunter TH yang berdekatan. Jangan tunggu sehingga akaun menjadi status tidak aktif.

Maklumat lanjut, hubungi Tabung Haji Contact Centre di 03-6207 1919.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat pembaca di luar sana!

Baca juga: Bermula 14 Julai, Boleh Tukar Had Pemindahan Guna Aplikasi MAE, Ini Caranya!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×