Mengurus dan melakukan kerja rumah seringkali dikaitkan sebagai kerja orang perempuan sahaja. Namun, sedar atau tidak bahawa menjadi seorang lelaki yang cekap dalam hal kerja rumah adalah sangat kacak! Malah, ada ibu bapa yang akan ajar anak lelaki tentang rutin membersihkan rumah sejak dari kecil lagi.
Walaupun masih dianggap tidak perlu oleh ibu bapa yang lain, wanita ini tetap berkongsikan cara untuk melatih anak lelaki rajin membuat kerja rumah dan sentiasa bersih. Yang penting, ibu bapa kena jadi ‘role model’ supaya anak ikut!
Baca juga: ‘Drama’ Suami Ambil Anak Balik Sekolah Buat Ramai Terhibur, Kongsi Tips Jadi Ayah ‘On Time’!
AJAR ANAK LELAKI BUAT KERJA RUMAH, BUKAN ‘GOYANG KAKI’

Wanita ini kongsikan tips melalui laman Tiktoknya @atyfared mengenai cara dia lakukan untuk ‘mengerah’ anak-anak lelakinya membuat kerja rumah.
Orang selalu tanya Aty (sebab selalu share dekat IG story)- Macam mana nak anak buat kerja umah? Jawapannya, suruh saja. Suruh buat. Ajar dia buat. Biarkan dia buat. Percaya dia buat.
Tak mengapa kalau lipat baju main gulung-gulung. Tak mengapa kalau gantung baju berpintal-pintal. Tak mengapa kalau potong carrot tak sama besar. Tak mengapa kalau cadar senget. Janji dia buat. Jangan marah dan suruh, mintak, ajak, tegur. Jangan biar.
Paling penting memang kena ajak, ajar buat kerja umah dari seawal 8-9 tahun supaya dia akan biasa. Bila dah besar panjang dah liat baru nak suruh, itu yang penat kau bercakap saja dan budak-budak akan jadi tak boleh harap. Aty juga bersyukur, abah dia sendiri jadi role mode untuk anak-anak lelaki. Abah dia ringan tulang and rajin tolong uruskan kerja rumah, jadi anak-anak akan ikut.
“SALAH TAK MENGAPA, INI LEARNING PROCESS”

Ya, seawal 8 tahun perlahan-lahan dah suruh anak-anak belajar buat kerja rumah termasuk bantu memasak. Sampaikan satu masa, mereka memang fikir kerja rumah itu, memang kerja lelaki. Saya akan ‘saiko’ mereka dan cakap “Korang kan lelaki, kena la pandai buat kerja rumah” terbalikkan tapi berkesan.
Mula-mula memang Fared (Suami) tak percaya. Selalu dia nak tolong anak atau dia yang akan siapkan kerja tu. Alasan dia, anak buat tak betul. Memang! Tapi itu adalah learning process namanya. Kena percaya dan kena biarkan. Aty suruh anak-anak buat kerja rumah bukan sebab saya tak boleh buat atau malas. Tapi memang niat nak mendidik mereka.
Selain agama dan pendidikan, saya sebagai ibu siapkan mereka untuk jadi lelaki, anak dan suami yang baik yang ringan tulang dan tahu uruskan diri serta rumah. Bukan harapkan mak, perempuan atau isteri saja. Saya harap mereka akan baik pada isteri mereka satu hari nanti seperti mana suami baik pada saya saat ini.
Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya(keluarganya), dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri(keluarga) ku.”
*Semoga anak-anak kita tumbuh dewasa dengan akhlak yang baik, amin insyaAllah…
@atyfared Org selalu tanya aty (sbb selalu share kat ig story) —acaner nak anak buat kerja umah? Jawapan : suruh jer. Suruh buat. Ajar dia buat. Biarkan dia buat. Percaya dia buat. Its ok kalau lipat baju main gulung2. Its ok kalau gantung baju berpintal2. Its ok kalau potong carrot tak sama besar. Its ok kalau cadar senget. Janji dia buat. Jangan marah. And suruh, mintak, ajak, tegur. Jangan biar. And memang kene ajak, ajar buat kerja umah dari seawal 8-9 thn. So dia akan biasa. Bila dah besar panjang dah liat baru nak suruh, tu yg penat kau bercakap jer tu and jadi budak tak leh harap. And aty bersyukur, abah dia sendiri jadi role mode tuk anak2 lelaki aty. Abah dia ringan tulang and rajin tolong aty uruskan kerja rumah, so anak2 ikut. Yerp, seawal 8 tahun slowly aty dah suruh anak2 belajar buat kerja rumah termasuk bantu memasak. Sampaikan satu masa, diaorang memang pikir kerja rumah tu, memang kerja lelaki hahahaha. Aty saiko diaorang cakap “korang kan lelaki, kena la pandai buat kerja rumah” terbalik kan 😂 tp its work. Memula memang fared tak percaya. Selalu dia nak tolong anak or dia yg akan siapkan kerja tu. Alasan dia anak buat tak betul. Memang ! Tp itu la learning process nama nya. Kene percaya and kene biarkan. Aty suruh anak2 buat kerja rumah bukan sebab aty tak leh buat or malas. Tp memang niat nak mendidik mereka. Selain agama dan pendidikan, aty siapkan mereka untuk jadi lelaki, anak dan suami yang baik. Yg ringan tulang n tau uruskan diri serta rumah. Bukan harapkan mak, perempuan or isteri jer. Aty harap mereka akan baik pada isteri mereka satu hari nanti seperti mana fared baik pada aty saat ni. Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda,“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya(keluarganya), dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri(keluarga) ku.” Semoga anak2 kita tumbuh dewasa dengan akhlak yang baik, amin insyaa allah. P/s : tau tak, sesungguhnya —qaleef lagi teror masak nasik dengan sukatan yg tepat, dan shaquille lagi pandai buat susu chenta berbanding aty !!! #anak2atyfared #theohsemqaleef #shaquilleanakemak ♬ original sound – Aty fared
Baca juga: Tuah Bayi Usia 8 Bulan Terkenan Wajah Kacak Tengku Hassanal, Memang ‘Copy Paste’!
Sumber: Tiktok @atyfared
