Euforia Bola 2026
Nur

Tular Kaedah Ruqyah Rendam Kertas Ayat Suci Al-Quran & Diminum, Mufti Jelaskan Hukumnya!

air ruqyah

Kebiasaannya, pakar rawatan Islam membuat air ruqyah dengan membacakan doa dan ayat ruqyah di hadapan segelas air ketika proses menyembuhkan pesakit. Namun, lain pula kaedahnya dengan satu video ini yang memaparkan teknik agak berbeza dalam amalan ruqyah sehingga mencetuskan persoalan dalam kalangan warga maya.

Di mana, kertas ruqyah yang dijual oleh akaun TikTok @quranfi_ dalam satu peket kecil itu, memerlukan penggunanya merendam di dalam segelas air sehingga berubah warna dan kemudian diminum atau digunakan untuk tujuan perubatan.

Video tersebut telah mencetuskan 1,001 persolan dalam kalangan umat Islam dan ada yang menganggap ia sebagai satu perbuatan merepek dan menyimpang daripada agama Islam yang sebenar.

Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!

AIR RUQYAH

air ruqyah

Gambar: Gambar: Perubahan warna air setelah direndam kertas ruqyah tersebut – TikTok @quranfi_

Melalui portal Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran, zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan antara bentuk pengubatan menurut Islam.

Secara asasnya, syariat Islam mengiktiraf kaedah pengubatan atau rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran. Allah SWT telah berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” Surah al-Isra’ (82)

Menurut al-Baghawi, ayat ini menunjukkan bahawa ayat al-Quran berperanan sebagai penawar yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti kesesatan, kejahilan, perasaan ragu-ragu, berbolak-balik dan penawar bagi hati.

Baca juga: Senarai Lengkap Turutan Solat Sunat, Dari Awal Pagi Hingga Tibanya Malam!

Penulisan ayat Al-Quran pada kertas

Menulis ayat al-Quran pada objek seperti kertas dan seumpamanya adalah alternatif dan ikhtiar untuk mengubati pesakit.

Imam Ibn Qayyim menyatakan bahawa ramai ulama salaf yang menulis ayat al-Quran kemudian meminumnya. Beliau turut menukilkan padangan Mujahid Rhm:

لا بأس أن يكتب القرآن ويغسله ويسقيه المريض

Maksudnya: “Tidak mengapa untuk menulis al-Quran dan membasuh dengannya serta meminumnya bagi orang yang sakit.” (Rujuk Zadd al-Ma‘ad fi Hadi al-Khair al-’Ibad: 4/344)

Penjagaan kesucian Al-Quran dalam rawatan Islam

  1. Tidak bercampur dengan unsur yang mencemarkan – seperti menggunakan dakwat yang bernajis untuk ditulis pada kertas, menulis pada tempat yang bernajis, ditulis dalam keadaan ayat yang tidak lengkap atau bercampur dengan mantera-mantera yang sesat.
  2. Tidak dijadikan alat komersial – mestilah dilakukan untuk tujuan perubatan serta bukan bermatlamatkan komersial supaya tidak berlaku penyalahgunaan ayat suci al-Quran sebagaimana yang termaktub dalam keputusan muzakarah MKI berkenaan ‘Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial’.

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

Kesimpulan

Berdasarkan penerangan di atas, mufti menyimpulkan bahawa penulisan ayat al-Quran pada al-Quran bagi tujuan merawat dan mengubati pesakit adalah diharuskan.

Oleh itu, hukum menulis ayat al-Quran pada helaian kertas lalu merendam kertas tersebut kemudian meminum air daripada larutan yang terhasil daripadanya adalah harus kerana ia termasuk dalam kategori ruqyah yang tidak diharamkan oleh syarak.

Asalkan dengan syarat, kesucian ayat al-Quran itu terpelihara dari sebarang kekotoran, penghinaan dan bukan untuk tujuan komersial supaya tidak berlaku penyalahgunaan ayat suci al-Quran serta tidak membuka pintu fitnah terhadap agama Islam itu sendiri.

Baca juga: Dah Lafaz Cerai Tapi Belum Disahkan Di Mahkamah, Boleh Bersetubuh Ke?

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image:  TikTok @quranfi_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×