Anda mudah rasa letih, tidak bertenaga atau mudah lesu walaupun telah cukup rehat? Jika ya, mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba air asam kunyit seperti perkongsian di bawah ini.
Minuman air asam kunyit bukan sahaja mampu menyegarkan badan, tetapi juga membantu kesihatan dalaman secara menyeluruh.
Baca juga: Cara Buat Barli Rebus Lebih Tahan Lama Dalam Bekas, Minum Setiap Hari Untuk Kesihatan Diri!
AIR ASAM KUNYIT UNTUK ELAK BADAN CEPAT LETIH & LESU

Air asam kunyit Ini banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan seperti dikongsikan.
Bahan-bahan air asam kunyit:
- ½ kg kunyit hidup (disagat atau dikisar)
- Segenggam temu kunci (diketuk)
- ½ genggam asam jawa
- 1 ketul gula melaka
- 4.5 liter air
- ⅓ sudu kecil garam
Cara penyediaan air asam kunyit:
1. Sagat atau kisar kunyit hidup.
2. Kemudian, ketuk temu kunci hingga sedikit hancur.
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama air.
4. Rebus sehingga mendidih dan campuran menjadi sedikit pekat.
5. Tutup api, tapis dan simpan air yang telah dimasak.
6. Untuk minum, panaskan semula dan minum ketika suam.
Antara khasiat minum air asam kunyit adalah:
- Menghilangkan sakit-sakit badan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan lemak dalam badan
- Memberi tenaga dan kesegaran tubuh
- Membuang angin dalam badan
- Melancarkan darah haid & nifas
- Merawat masalah senggugut
- Menghilangkan bau badan
- Melawaskan pembuangan

Freepik
Sekiranya anda ingin berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin seperti di bawah.
Kos:
- Kunyit hidup (RM6/kg)
- Temu kunci (RM10/kg)
- Asam jawa (RM3.5/500g)
- Gula Melaka (1biji/RM0.70)
Minuman air asam kunyit ini sesuai diamalkan oleh lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan haid dan keguguran.
Jadikan air asam kunyit ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat anda. Amalan tradisional seperti ini bukan sahaja menjimatkan, malah memberi manfaat besar kepada kesihatan dalaman secara semula jadi.
Baca juga: Resepi Sup Kosong Ala Gerai Ini Dapat 20K Shares, Letak Bahan Ini Baru Lagi Puas Nak Hirup!
Sumber: Facebook
