Euforia Bola 2026
Famili

Ustaz Kongsi Ciri Adik-Beradik Jenis Busuk Hati, Setiap Keluarga WAJIB Ada Macam Ini

Mempunyai adik-beradik yang ramai merupakan kelebihan bagi setiap individu kerana akan memeriahkan suasana terutama ketika sambutan Hari Raya. Namun, tidak semua orang mempunyai adik-beradik yang menenangkan hati malah penuh dengan perasaan hasad dan busuk hati.

Mungkin ini bukanlah perkara yang dijangka kerana disangkakan mempunyai pertalian darah. Namun, pepatah ‘air yang dicincang tidak akan putus’ itu tidak boleh digunapakai untuk semua situasi…

Baca juga: Bercakap Ketika Bersetubuh Dengan Pasangan, Benarkah Makruh Dalam Islam?

5 JENIS ADIK-BERADIK BUSUK HATI, INI APA MEREKA BUAT

busuk hati

Seperti dikongsikan penceramah bebas Ustaz Elyas Ismail dalam video di TikToknya, terdapat tiga jenis adik-beradik yang ‘busuk hati’. Lagi dua tambahan adalah berdasarkan cerita netizen dan kes-kes pernah berlaku.

#1. Dengki & memburukkan adik-beradik lain

Ada adik-beradik yang dengki dengan kakak ke abang ke adik, dalam masa yang sama dia juga memburuk-burukkan adik-beradiknya itu pada ibu bapa mereka.

Sebarkan keburukan adik-beradik kepada orang luar seperti ‘abang duit banyak tapi kedekut dan berfoya-foya, bukan guna dekat jalan yang betul’. Dia busuk hati dan dengki.

#2. Dengki & mendatangkan mudarat

Bukan sahaja dengki, tapi dia juga cuba untuk membuat sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap adik-beradik lain.
Jangan terkejut kalau dalam kalangan adik-beradik pun ada cubaan nak bunuh sesama sendiri!

#3. Pakat dengan orang lain untuk jatuhkan adik-beradik sendiri

Jenis yang mengajak atau berpakat dengan orang lain untuk menjatuhkan atau memudaratkan adik-beradik sendiri.

#4. Gunakan sihir untuk jatuhkan adik-beradik

Jangan terkejut kalau zaman sekarang, masih ada lagi yang menggunakan ilmu sihir walaupun untuk adik-beradik sendiri. Terutama sekali dalam pembahagian harta apabila ada yang sampai menggunakan bomoh untuk mengganggu urusan faraid.

#5. Rampas suami atau isteri adik-beradik

Ini merupakan perkara yang tidak disangka dan boleh berlaku terutama sekali di luar negara. Ada beberapa kes yang menyebabkan pertengkaran apabila suami atau isteri mempunyai hubungan haram dengan adik-beradik sendiri. Tergamak!

*Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

Maksudnya: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, seperti mana api menghanguskan kayu.

@ustazelyasismail Ya Allah jadikan adik beradik ahli keluarga kami bahagia sayang menyayangi dengan @CEO Tenang | WangianAnnaLegacy Kasturi kijang #fyp #fypシ゚viral #ustazelyasismail #positive #doa #keluarga ♬ Menyentuh Hati (Instrumenal Version) – Yuda pratama

Baca juga: Terpaut Hati Dengan Abang Duda? Jaga-Jaga, Semak 5 Perkara Ini Dahulu Sebelum Kahwin..

Sumber: Tiktok @ustazelyasismail, Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×