Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Satu Kaki, Seribu Semangat” – Abang Rider OKU Cari Rezeki Buat Netizen Tersentak & Kembali Bersyukur

penghantar makanan

Kita sering dengar ungkapan, “Kalau rasa susah, ingatlah ada yang lebih susah”. Namun bagi seorang pengguna TikTok, kata-kata itu benar-benar menjadi nyata selepas terserempak dengan seorang penghantar makanan yang ‘istimewa’.

Dalam video yang kini sudah meraih lebih 1.1juta tontonan hanya dalam masa sehari, kelihatan seorang abang rider gigih menghantar pesanan seperti biasa. Namun yang mengejutkan ramai adalah lelaki ini sebenarnya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang hanya mempunyai sebelah kaki, namun tetap cekal bekerja.

Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!

ABANG PENGHANTAR MAKANAN TIADA SEBELAH KAKI BUAT NETIZEN MENGALIR AIR MATA

penghantar makanan

“Saya doakan abang dimurahkan rezeki, abang bagi saya semangat untuk terus kuat,” tulis kapsyen di video.

Menurut wanita yang memuat naik video, pertemuan singkat ini berlaku pada saat dirinya berada dalam keadaan sedih dan tertekan. Namun, segalanya berubah selepas dia melihat abang rider tersebut dengan tongkat di tangan dan bungkusan makanan di sisi, tetap berusaha menjalankan kerja sebagai amanah.

“Waktu tu saya betul-betul tengah down. Tapi abang ni buat saya rasa macam ditampar. Kalau dia boleh kuat, saya pun kena bangkit. Yang sihat tapi tak mahu berusaha, patut tengok abang ni,” luah wanita itu.

Video tersebut dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa sebak dan kagum dengan semangat lelaki itu. Ramai yang mengaku video tersebut membuka mata mereka untuk lebih menghargai hidup, dan mengajar supaya tidak mudah merungut.

“Terus rasa malu dengan diri sendiri… dia lagi kuat semangat dari kita,” netizen.

BAKAL JUMPA ABANG RIDER UNTUK BAGI BANTUAN

@ombaklindu Abg panda Saya doa kan abg sehat selalu di murah kan rezeki 🤲🏻🤲🏻 sebelum abg ni lalu aku betul2 tgh down😔 abg buat kan sy rasa bangkit semula dr down😭 #Fyp yg mana sehat tak bekerja tu tgk betapa kuat nya abg ni #foodpanda #runner #belajarbersyukur ♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Ada juga yang menggesa agar rider itu dikenalpasti supaya mereka boleh menyalurkan bantuan. Berita baiknya adalah, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia sudah mendapat nombor telefon lelaki tersebut dan akan berkongsi perkembangan terkini untuk bertemu dengan saudara tersebut tidak lama lagi.

Semoga segala urusan saudara kita ini, dan juga wanita yang berkongsi kisah inspirasi ini dipermudahkan. Dalam dunia yang serba mencabar, kisah seperti inilah yang membuatkan kita kembali ingat bahawa kekuatan bukan hanya tertumpu pada tubuh, tapi pada JIWA.

Baca juga: “Saya Hanyalah Anak Makcik Kantin..”- Abang Pilot Titip 3 Pesanan Untuk Calon SPM Supaya Cemerlang!

Sumber: Tiktok @ombaklindu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×