Euforia Bola 2026
Didik

Berita Baik! Pelajar 10A SPM Layak Masuk Program Matrikulasi Secara Automatik Tanpa Kira Kaum – PMX

program matrikulasi

Kerajaan akan terus memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih adil dengan memberi peluang kemasukan ke program matrikulasi berdasarkan kecemerlangan akademik serta keperluan golongan kurang berkemampuan.

Baca juga: Bakal Pengantin Wajib Tahu! ‘Buang’ 5 Perkara Ini Kalau Nak Majlis Kahwin Berjalan Lancar & Lebih Bahagia

PELAJAR 10A DIBERI KEMASUKAN AUTOMATIK KE PROGRAM MATRIKULASI

program matrikulasi

Foto: Berita Harian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberi kemasukan automatik ke program matrikulasi tanpa mengira kaum.

Menurut beliau, dasar itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang daripada semua kaum.

Yang paling pandai, yang dapat 10A, kita bagi automatik masuk, kaum Cina, India atau Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Kuota Bumiputera Kekal, Ambil Kira Keperluan Luar Bandar

program matrikulasi

Foto: Gemini AI

Pada masa sama, Perdana Menteri menjelaskan kuota Bumiputera bagi kemasukan ke program matrikulasi akan terus dikekalkan.

Menurutnya, langkah itu mengambil kira faktor demografi serta keperluan membantu pelajar daripada kawasan luar bandar dan pedalaman, khususnya di Sabah dan Sarawak agar mereka tidak tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian.

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tanpa Mengira Kaum

Selain itu, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum.

Katanya, bantuan akan disalurkan berdasarkan keperluan kerana keadilan bermaksud setiap individu yang memerlukan berhak menerima sokongan kerajaan.

Kalau ada orang India miskin atau Cina miskin, kita bantu. Apa ruginya kita berlaku adil kepada semua yang memerlukan,” katanya.

Bahasa Melayu Terus Dimartabatkan

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Bagaimanapun, beliau berkata usaha itu tidak akan menafikan hak rakyat untuk menguasai bahasa lain seperti bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan Arab sebagai nilai tambah dalam pendidikan serta pembangunan negara.

Baca juga: “Saya Buat Jadi!”- Fenomena Khairul Aming Di TikTok Dibawa Ke Universiti, Tajuk Tesis Pelajar UUM Dipuji!

Sumber: Harian Metro 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×