Euforia Bola 2026
Famili

Padah ‘Ratah’ Anak Sendiri, Bapa & Juga Guru Dipenjara 270 Tahun 180 Sebatan!

rogol anak kandung

Seorang lelaki yang juga guru di sebuah pusat tuisyen di Lahad Datu dijatuhi hukuman keseluruhan 270 tahun penjara dan 180 sebatan selepas mengaku salah atas pertuduhan rogol anak kandung sendiri dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Tawau dan Lahad Datu.

Baca juga: Rakam Wajah Staf Tanpa Izin Buat Konten Konon Cuba Sport Bra, TikToker Lelaki Akhirnya Mohon Maaf

ROGOL ANAK KANDUNG, BAPA DIPENJARA 270 TAHUN & 180 SEBATAN

rogol anak kandung

Gambar Abdul Rahemang Taiming: TERTUDUH diiring pegawai dan anggota Jabatan Penjara untuk dibawa ke Penjara Lahad Datu bagi menjalani hukuman.

Dalam keputusan terbaru di Mahkamah Sesyen Tawau, lelaki berusia 53 tahun itu dijatuhi 105 tahun penjara dan 70 sebatan bagi tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19 Mac lalu.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 53 tahun yang juga seorang guru di sebuah pusat tuisyen di Lahad Datu selepas mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikemukakan secara berasingan.

Mahkamah Sesyen Tawau 7 Pertuduhan: Penjaran 15 tahun & 10 sebatan setiap pertuduhan

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, dan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan, dengan pelaksanaan jumlah sebatan terhad kepada 24 kali sebatan sahaja, mengambil kira peruntukan Seksyen 288(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Pada prosiding 6 Mei lalu, tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya yang kini berusia 25 tahun di beberapa hotel di sini, bermula Disember tahun lalu dengan kejadian terakhir pada 18 dan 19 Mac lalu.

Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh berkata dia berasa sangat malu dan takut dengan apa yang berlaku serta menerima hukuman yang bakal dijatuhkan terhadapnya.

“Saya benar-benar bertaubat dan sangat menyesal. Mudah-mudahan saya menjadi orang terakhir yang melakukan perkara seperti ini, selain berharap diberi peluang sekiranya dibebaskan kelak untuk bertemu anak-anak serta keluarga bagi memohon maaf kepada mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin bersama Wildan Firdaus Ahmad Fazly berhujah bahawa beberapa faktor pemberat mewajarkan hukuman maksimum terhadap tertuduh, termasuk kesalahan seksual paling serius kerana melakukan rogol terhadap anak kandung sendiri.

Menurutnya, perbuatan tertuduh bukan sahaja mencabuli maruah mangsa, malah memusnahkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan seorang anak.

Baca juga: Akibat Amang Seksual Pesakit Kanak-Kanak, Doktor Pakar ENT Dipenjara 7 Tahun 7 Sebatan!

Mahkamah Sesyen Lahad Datu 11 pertuduhan: Penjara 15 tahun & 10 sebatan setiap pertuduhan

Pendakwaan turut berhujah dalam kes ini kejadian rogol bermula sejak mangsa berusia 16 tahun lagi dan terdapat unsur perancangan apabila tertuduh mendapatkan jadual kerja mangsa, meminta mangsa menempah bilik hotel dan sanggup bergerak dari Lahad Datu ke Tawau untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Mahkamah turut diberitahu tertuduh sebelum ini mengaku salah terhadap 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Lahad Datu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan 165 tahun penjara dan 110 sebatan.

Dengan keputusan Mahkamah Sesyen Tawau hari ini, tertuduh kini berdepan keseluruhan hukuman 270 tahun penjara dan 180 sebatan selepas mengambil kira hukuman yang dijatuhkan bagi kes terdahulu di Mahkamah Sesyen Lahad Datu.

Sumber: Harian Metro

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×