Euforia Bola 2026
Famili

Rakam Wajah Staf Tanpa Izin Buat Konten Konon Cuba Sport Bra, TikToker Lelaki Akhirnya Mohon Maaf

sport bra

Demi mengejar tontonan tinggi di media sosial, ada pencipta kandungan sanggup melakukan perkara yang dianggap sensitif tanpa memikirkan keselesaan orang lain. Itulah yang berlaku dalam satu video tular memperlihatkan seorang lelaki kononnya ingin mencuba sport bra wanita sehingga mengundang kecaman ramai.

Baca juga: Akibat Amang Seksual Pesakit Kanak-Kanak, Doktor Pakar ENT Dipenjara 7 Tahun 7 Sebatan!

TIKTOKER MOHON MAAF SELEPAS BUAT KONTEN INGIN CUBA SPORT BRA

sport bra

Menurut perkongsian seorang pekerja wanita di aplikasi Threads, dia berdepan situasi tidak menyenangkan apabila seorang TikToker lelaki datang ke sebuah kedai sukan terkenal dan kononnya mahu mencuba pakaian dalam wanita itu sebelum membuat pembelian.

Ketika kejadian, lelaki tersebut berada di kawasan fitting room sambil memegang sport bra yang diambil dari rak jualan.

Walaupun berasa janggal dan kurang selesa, staf wanita itu tetap melayan pelanggan tersebut dengan baik, termasuk membantu mencabut pakaian itu daripada penyangkut.

Namun, apa yang mengejutkan, interaksi tersebut sebenarnya sedang dirakam untuk dijadikan kandungan TikTok. Video itu kemudian dimuat naik bersama pelbagai kesan bunyi lucu dan berjaya meraih lebih 500,000 tontonan dalam tempoh singkat.

Baca juga: Nak Hilangkan Stres Punya Pasal, Lelaki Mengaku Dah Banyak Kali Curi Seluar Dalam Wanita

sport bra

Wanita berkenaan mendakwa wajahnya dirakam tanpa izin. Dia turut meminta lelaki itu memadamkan video tersebut kerana berasa tidak selesa.

“Saya sebenarnya dah suruh dia padam video yang dia rakam. Jangan sampai saya saman awak. Dah la awak main rakam saja muka orang, mana sikap awak?” luah wanita tersebut.

Mangsa juga meminta orang ramai membantu mendesak lelaki itu menurunkan video berkenaan.

Tindakan merakam wajah individu tanpa kebenaran ketika menghasilkan kandungan berkaitan pakaian dalam wanita mengundang kemarahan warga maya.

Ada yang menyifatkannya sebagai satu bentuk gangguan tidak senonoh dan mencadangkan supaya laporan polis dibuat.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-Kanak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Maut Di Cerun Semak, Dipercayai Dib*nuh

TikToker padam video dan mohon maaf

Selepas menerima kecaman hebat, TikToker tersebut akhirnya memadam video tular itu dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun TikTok miliknya pada 23 jam yang lalu.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada pemilik akaun berkenaan atas segala kesilapan pada video yang telah tular. Saya telah menurunkan video tersebut dan berharap pemilik akaun juga berbuat demikian,” ujarnya.

Sumber: Threads / TikTok

FT Image: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×