Euforia Bola 2026
Famili

Penyewa Dari Neraka! Tinggalkan 30 Kucing Mati Dalam Rumah, Puluhan Lagi Lemah & Tidak Terurus

KUCING MATI

Menerusi hantaran di Facebook Wan KomiKimi, dia berkongsi keadaan menyayat hati apabila puluhan ekor kucing mati dan sebahagian lagi berada dalam keadaan lemah selepas dipercayai terbiar di dalam rumah tersebut.

Perkongsian seorang pencinta haiwan mengenai keadaan sebuah rumah sewa yang didakwa ditinggalkan penghuni selepas gagal membayar sewa mengundang rasa sebak ramai pihak.

Baca juga: ‘Gadis Api Misteri’ Pilih Lelaki Usia 82 Tahun Sebagai Teman Hidup, “Orang Gelar Kami Datuk & Cucu”

30 EKOR KUCING MATI DIBIARKAN DALAM RUMAH SEWA

KUCING MATI

Menurut perkongsian itu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang individu mengenai sebuah rumah sewa yang sudah ditinggalkan penghuni selama lebih seminggu.

Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila rumah berkenaan mengeluarkan bau kurang menyenangkan dari luar sebelum tuan rumah membuka pintu untuk pemeriksaan.

Wan KomiKimi mendakwa mereka terkejut melihat keadaan dalam rumah yang dipenuhi bangkai kucing, kesan darah serta kutu.

Lebih menyayat hati, terdapat kucing yang ditemui mati di dalam sangkar termasuk kucing bunting dan anak-anak kucing.

Dalam perkongsian tersebut, dia memaklumkan kira-kira 30 ekor kucing ditemui mati, manakala sekitar 30 ekor lagi masih hidup tetapi berada dalam keadaan lemah dan kurus.

Menurut Wan KomiKimi, selepas berbincang bersama isterinya, mereka mengambil keputusan membawa pulang kucing yang masih hidup untuk diberikan rawatan dan penjagaan.

Katanya, walaupun bukan daripada keluarga berada, mereka tidak sanggup membiarkan haiwan tersebut tanpa bantuan selepas melihat keadaan yang berlaku.

“Papa cakap ok yang hidup semua kami bawa balik. Insya-Allah akan ada rezeki untuk kucing-kucing ini nanti,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, bangkai kucing yang ditemui akan ditanam, manakala kucing yang masih hidup akan dirawat sebaik mungkin.

KUCING MATI

Tuan rumah dinasihatkan buat laporan polis

Dalam perkongsian sama, Wan KomiKimi turut memaklumkan dia menasihati tuan rumah supaya membuat laporan polis selain lebih berhati-hati ketika menerima penyewa baharu.

Menurutnya, tuan rumah memaklumkan tidak menyukai kucing dan sebelum ini pernah meminta penyewa mengurangkan jumlah haiwan peliharaan tersebut, namun permintaan itu didakwa tidak dipatuhi.

Pada masa sama, Wan KomiKimi turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin membantu kos rawatan serta penjagaan kucing-kucing berkenaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib haiwan terbabit selain berharap semua kucing yang terselamat dapat kembali sihat.

Baca juga: Dakwa Anak Disihir Kerana Cemerlang Di Sekolah, Ibu Syak Mak Rakan Sekelas Sendiri Yang ‘Hantar’

Sumber: Facebook Wan Komikimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×