Anak Eyka Farhana, Muhammad Luay Khayr, mencuri perhatian ramai selepas pelakon itu berkongsi foto terbaru sempena usia cahaya matanya yang kini genap dua bulan.
Perkongsian di Instagram itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya tidak henti memuji wajah comel bayi tersebut.
Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan
ANAK EYKA FARHANA RAIH PERHATIAN, RAMAI PUJI HANDSOME

Menerusi hantaran di Instagram, Eyka memuat naik sekeping foto Muhammad Luay Khayr yang sebenarnya dirakam ketika bayi itu berusia sebulan.
Dalam kapsyen, Eyka meluahkan rasa syukur melihat anaknya membesar dengan sihat sambil mendoakan agar Muhammad Luay Khayr sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
“Masya-ALLAH tabarakallah, tengoklah siapa yang sudah masuk usia dua bulan hari ini. Gambar ini diambil masa awak berumur sebulan dan hari ini awak secara rasminya dah dua bulan.
“Cepat betul masa berlalu. Semoga Allah merahmati dengan kesihatan yang baik dan membimbing kamu menjadi seorang anak lelaki yang soleh. Selamat ulang tahun dua bulan Luay kesayangan mama. Mama sayang awak selama-lamanya,” luah Eyka.
Ramai yang memuji wajah bayi itu yang disifatkan sangat comel dan dikatakan mewarisi raut wajah bapanya, pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid.
“MasyaAllah Tabarakallah, handsome boy! Memang copy paste muka baba dia ya. Semoga membesar menjadi anak soleh,” komen warganet.

Perkongsian itu turut menerima ribuan tanda suka daripada peminat yang teruja melihat perkembangan Muhammad Luay Khayr.
Untuk rekod, Eyka Farhana selamat melahirkan Muhammad Luay Khayr pada 16 Mei lalu. Eyka mendirikan rumah tangga bersama Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025.
Kehadiran Muhammad Luay Khayr nyata melengkapkan lagi kebahagiaan pasangan tersebut, yang sering berkongsi momen indah bersama keluarga di media sosial.
Sumber: Instagram Eyka Farhana
