Euforia Bola 2026
Famili

Tular Anak Tarik Tudung Ibu, Pegang Objek Dipercayai Senjata Tajam Ugut Ibu Depan Pejabat Zakat

objek tajam

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai mengugut seorang wanita menggunakan objek tajam yang disyaki senjata di hadapan sebuah pejabat zakat di Kuala Muda, Kedah.

Kejadian yang mengundang perhatian ramai itu kini berada dalam pengetahuan pihak berkuasa dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti situasi sebenar.

Baca juga: Banyak Angin Jahat Dalam Badan? Cuba Tekan 7 Titik Pada Badan Ini, Bantu Beri Rasa Lega!

ANAK PEGANG OBJEK TAJAM, TARIK TUDUNG IBU DEPAN PEJABAT ZAKAT

objek tajam

Foto: Sinar Harian

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, lelaki berkenaan dilihat memegang satu objek yang dipercayai senjata tajam sambil mengarahkan ibunya segera membonceng motosikal.

Rakaman itu turut memaparkan lelaki tersebut seolah-olah menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa akur dan menaiki motosikal.

Susulan video berkenaan, difahamkan satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut.

Bawa Ibu Hantar Sebut Harga Baik Pulih Rumah

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu merupakan anak tunggal kepada wanita berusia 50-an yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

Kehadiran mereka ke pejabat zakat pada hari kejadian adalah bagi menghantar sebut harga kerja-kerja membaik pulih rumah keluarga tersebut di Kampung Segantang Garam, Merbok.

Menurutnya, projek baik pulih rumah berkenaan telah diluluskan dan akan dimulakan dalam masa terdekat.

Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda turut memaklumkan bahawa pihak zakat telah bersetuju menyalurkan bantuan baik pulih rumah kepada keluarga tersebut.

Antara kerja yang akan dilaksanakan ialah pembinaan dua buah bilik, ruang dapur dan tandas kerana kediaman mereka sebelum ini tidak mempunyai kemudahan asas tersebut.

Menurutnya, pihak zakat telah dua kali membuat lawatan ke rumah keluarga berkenaan bagi menilai keadaan mereka sebelum bantuan diluluskan.

Selain itu, pemantauan berkala akan diteruskan dengan kerjasama penolong amil di kawasan tersebut bagi memastikan kebajikan keluarga itu sentiasa terpelihara.

Polis Sudah Jalankan Siasatan

objek tajam

Foto: Polis Diraja Malaysia

Pegawai zakat mengesahkan pihaknya telah dikunjungi polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, urusan melibatkan kedua-dua individu berkenaan di pejabat zakat sebelum kejadian berlangsung dengan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Mereka berharap apa yang berlaku di luar premis itu hanyalah satu salah faham dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.

Memandangkan siasatan masih dijalankan, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Baca juga: Buat Pertama Kali Dalam 10 Tahun, Bilangan Doktor Sektor Awam Dilapor Mula Menyusut..Apa Yang Sedang Berlaku?

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×