Euforia Bola 2026
Famili

Sayunya Hati… Uncle Kentang Dedah Bayi 3 Bulan Terpaksa Minum Teh O & Alami Malnutrisi, Ibu Tunggal Tak Mampu Beli Susu

teh o

Perkongsian mengenai seorang bayi berusia tiga bulan yang terpaksa diberi Teh O kerana ibunya tidak mampu membeli susu formula menyentuh hati ramai. Kisah pilu itu didedahkan oleh aktivis kebajikan terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menerusi satu hantaran di media sosial.

Baca juga: Penuntut Universiti Dicekup Curi-Curi Hidu Kasut, Rupanya Dah 3 Bulan Jadi ‘Stalker’!

BAYI TERPAKSA MINUM TEH O, IBU TUNGGAL TAK MAMPU BELI SUSU

teh o

Menurut beliau, bayi tersebut mengalami masalah kekurangan zat makanan yang serius selepas ibunya, seorang ibu tunggal berusia 27 tahun, berdepan kesukaran kewangan yang amat mendesak.

Dalam perkongsiannya, Uncle Kentang menjelaskan keluarga berkenaan tinggal di sebuah rumah sewa kosong di Taman Selayang Segar, Batu Caves dalam keadaan serba kekurangan.

“KELUARGA MUSLIM INDIA. BAYI BERUSIA 3 BULAN TERPAKSA DIBERI TEH O KERANA TIADA WANG UNTUK MEMBELI SUSU.

“Seorang ibu tunggal berusia 27 tahun sedang membesarkan lima orang anak, termasuk bayi berusia tiga bulan yang kini mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) yang serius.

“Sewa rumah sebanyak RM900 sebulan juga masih belum dijelaskan. Disebabkan tiada wang untuk membeli susu formula, si ibu terpaksa memberikan Teh O kepada bayinya,” tulis beliau di hantaran tersebut.

Baca juga: Ramai Syukur Bil Hospital KKM Serendah RM1 & RM5, Rupanya Ada 5 Perkara Penting Yang Perlu Diambil Tahu

teh o

Menurut Kuan Chee Heng lagi, keluarga itu juga telah kehabisan gas memasak selain tidak mampu membayar sewa rumah bulanan sebanyak RM900.

Susulan keadaan keluarga itu yang semakin sukar, Uncle Kentang merayu orang ramai agar menghulurkan bantuan berbentuk keperluan asas.

“Anak-anak mereka berusia tujuh tahun, lima tahun, tiga tahun, 18 bulan dan tiga bulan. Jika anda mampu membantu dengan barangan dapur, gas memasak atau susu untuk bayi ini, amat saya hargai.

“Hubungi saya untuk mendapatkan alamat penuh dan nombor telefon mereka,” tulis beliau lagi.

Dalam ruangan komen, beliau turut memaklumkan semua sumbangan makanan yang diberikan perlulah halal.

Baca juga: Padat Dengan Info Peribadi, Ibu-Ibu Hamil Diingatkan Untuk TIDAK Tunjuk Buku Pink Sesuka Hati!

Bayi bawah enam bulan tidak sesuai diberi minuman lain

Menurut saranan pakar kesihatan, bayi berusia bawah enam bulan hanya disyorkan menerima susu ibu atau susu formula sekiranya penyusuan susu ibu tidak dapat dilakukan.

Pemberian minuman seperti teh, kopi atau minuman bergula kepada bayi boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan, dehidrasi serta menjejaskan tumbesaran mereka.

Sumber: Facebook Kuan Chee Heng

FT Image: Kuan Chee Heng

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×