Kemunculan anak Putera Mateen sememangnya sering mencuri perhatian peminat keluarga diraja Brunei.
Kali ini, puteri sulung kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil begitu comel dalam persalinan berwarna kuning ketika menghadiri sebuah majlis.
PENAMPILAN ANAK PUTERA MATEEN BERBAJU KUNING CURI TUMPUAN

Gambar oleh Threads @anishaik.tmski
Menerusi perkongsian yang tular di Threads, bayi bernama Puteri Zahra Mariam Bolkiah dilihat berada dalam pelukan ibunya sepanjang majlis berlangsung. Penampilannya yang sederhana namun manis membuatkan ramai warga maya tidak berhenti memuji kecomelannya.
Pipi gebu dan wajah tenang jadi perhatian
Dalam gambar yang dikongsikan, Baby Zahra mengenakan gaun berwarna kuning lembut yang dipadankan dengan topi bayi berwarna putih.
Apa yang paling mencuri perhatian bukan sahaja pakaian yang digayakan, malah riak wajahnya yang begitu tenang dan selesa sepanjang berada di majlis tersebut.
Malah, pipi gebunya turut menjadi bualan ramai sehingga ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang mengakui “geram” melihat kecomelan puteri kecil itu.
Ramai juga menyifatkan Baby Zahra memiliki wajah yang lembut dan menenangkan, sekali gus membuatkan setiap perkongsiannya di media sosial sentiasa meraih perhatian.
Lihat di Threads
Puteri sulung Putera Mateen sering jadi perhatian
Untuk rekod, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mendirikan rumah tangga dalam istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung penuh gilang-gemilang pada 11 Januari 2024.
Mahligai pasangan diraja itu kemudian diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Puteri Zahra Mariam Bolkiah, yang dilahirkan pada 8 Februari 2026.
Sejak kelahirannya, Baby Zahra sering mencuri perhatian bukan sahaja rakyat Brunei, malah peminat keluarga diraja dari Malaysia dan negara jiran.
Setiap kali foto terbaharu dikongsikan di media sosial, wajah comel serta telatahnya pantas meraih ribuan tanda suka dan komen daripada warga maya.
LIHAT LAGI FOTO-FOTO COMEL BABY ZAHRA

Gambar Instagram @tmski

Gambar oleh frozenyogurts.2.

Gambar oleh byman.film
Sumber: Threads @anishaik.tmski
FT Image: Threads @anishaik.tmski
