Euforia Bola 2026
Famili

Nama ‘Muhammad’ Terus Dominasi Carta Kelahiran England & Wales, Kekal Nombor Satu 3 Tahun Berturut!

nama muhammad

Nama Muhammad sekali lagi muncul sebagai nama paling popular untuk bayi lelaki yang didaftarkan di England dan Wales bagi tahun kelahiran 2025, sekali gus mengekalkan kedudukannya di tangga teratas buat tiga tahun berturut-turut.

Baca juga: Jangan Pandang Ringan! Kes Penyakit RSV Semakin Meningkat, Ini 6 Cara Lindungi Anak Anda

NAMA MUHAMMAD DOMINASI CARTA KELAHIRAN ENGLAND DAN WALES

nama muhammad

Foto: Magnific

Perkara itu didedahkan menerusi laporan tahunan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (Office for National Statistics, ONS) United Kingdom, yang menyenaraikan nama-nama paling kerap diberikan kepada bayi yang lahir sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan data ONS, nama Muhammad mula menduduki tempat pertama pada tahun 2023 dan berjaya mengekalkan kedudukan tersebut pada 2024 serta 2025.

Bagi tahun 2025, seramai 5,957 bayi lelaki didaftarkan menggunakan ejaan khusus “Muhammad”, sekali gus mengatasi nama-nama lain yang turut popular di negara itu.

Tiga nama bayi lelaki paling popular bagi tahun 2025 ialah:

  • Muhammad – 5,957 bayi
  • Noah – 4,075 bayi
  • Leo – 3,278 bayi

Statistik tersebut turut menunjukkan jurang antara Muhammad dan Noah semakin melebar berbanding tahun sebelumnya, dengan perbezaan hampir 2,000 pendaftaran.

Jumlah Sebenar Lebih Tinggi Jika Variasi Ejaan Digabungkan

Apa yang lebih menarik, angka tersebut hanya mengambil kira ejaan “Muhammad” sahaja.

ONS merekodkan setiap variasi ejaan sebagai entri yang berasingan. Dalam senarai 100 nama bayi lelaki paling popular bagi tahun 2025, ejaan “Mohammed” berada di kedudukan ke-20, manakala “Mohammad” pula berada di tangga ke-55.

Sekiranya ketiga-tiga variasi ejaan utama ini digabungkan, dianggarkan lebih 8,500 bayi lelaki di England dan Wales telah dinamakan sempena nama Nabi Muhammad SAW sepanjang tahun 2025.

Jumlah itu mewakili kira-kira 2.8 peratus daripada keseluruhan kelahiran bayi lelaki di England dan Wales bagi tahun tersebut.

Mencerminkan Kepelbagaian Masyarakat Britain

nama muhammad

Foto: Magnific

Peningkatan populariti nama Muhammad dilihat mencerminkan perubahan demografi serta kepelbagaian masyarakat di United Kingdom.

Komuniti Muslim yang semakin berkembang di negara itu menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan penggunaan nama berkenaan.

Selain mempunyai makna yang baik, nama Muhammad juga dipilih sebagai tanda kasih dan penghormatan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malah, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Muhammad sering berada dalam kelompok nama paling popular di England dan Wales sebelum akhirnya menduduki tempat pertama bermula pada tahun 2023.

Baca juga: Tular Rakaman Podcast Ustaz Panggil Jin Masuk Badan Hos Untuk ‘Sembang’, Apa Hukumnya Menurut Islam?

Sumber: Ons.gov.uk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×