Euforia Bola 2026
Didik

Anak Boleh Simpan Luka Walaupun Diam, Elak Sebut 5 Perkara Ini Bila Depan Mereka… Boleh Trauma!

BERGADUH DEPAN ANAK

Bergaduh depan anak mungkin dianggap perkara kecil oleh sesetengah ibu bapa, namun situasi ini boleh memberi kesan kepada emosi dan perkembangan anak-anak.

Walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya masalah yang berlaku, anak tetap mampu merasai ketegangan, ketakutan dan perubahan suasana dalam rumah.

Baca juga: Ibu Mengandung Dapat Buah Naga Percuma, Orang Ramai Boleh Beli Hanya RM1 Sebiji Setiap Sabtu & Ahad!

BERGADUH DEPAN ANAK, JANGAN SEBUT 5 PERKARA INI

BERGADUH DEPAN ANAK

Kredit: Gemini AI

Menerusi perkongsian di Facebook, Syahirah Omar mengingatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati dengan perkara yang dibincangkan di hadapan anak kerana mereka masih belum mampu memahami isu orang dewasa.

1. Jangan kritik pasangan di depan anak

Elakkan mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan suami atau isteri di hadapan anak. Mereka menyayangi kedua-dua ibu bapa dan boleh menjadi keliru apabila melihat orang yang mereka sayang saling menyakiti.

2. Jangan terlalu takutkan anak dengan masalah kewangan

Anak perlu diajar berjimat, tetapi tidak perlu dibebankan dengan luahan seperti “kita tak ada duit” atau “hidup susah”. Sebaliknya, ajar mereka mengutamakan keperluan dan bersyukur dengan rezeki yang ada.

3. Elak bercerita tentang konflik keluarga

Masalah dengan mertua, adik-beradik atau saudara-mara tidak sepatutnya dijadikan bahan perbualan bersama anak. Mereka tidak seharusnya dipaksa memilih atau memihak kepada sesiapa.

4. Jangan dedahkan masalah rumah tangga yang terlalu peribadi

Pertengkaran suami isteri, kekecewaan atau aib pasangan bukan perkara yang perlu dikongsikan dengan anak. Anak bukan tempat meluahkan emosi atau mencari sokongan.

BERGADUH DEPAN ANAK

Kredit: Gemini AI

5. Jangan salahkan anak ketika sedang stres

Elakkan mengucapkan kata-kata seperti “sebab kamu umi penat” atau “kamu menyusahkan”. Kata-kata sebegini boleh membuatkan anak membesar dengan perasaan bersalah dan menganggap diri mereka sebagai beban.

Hakikatnya, anak-anak tidak memerlukan keluarga yang sempurna. Apa yang mereka perlukan ialah rumah yang dipenuhi kasih sayang, rasa selamat dan kata-kata yang membina.

Setiap ibu bapa pasti melakukan kesilapan, namun sentiasa berusaha menjaga tutur kata adalah salah satu hadiah paling berharga untuk perkembangan emosi anak.

Baca juga: Tular Dakwaan Wanita Hamil Dituduh Mencuri, Lotus’s Malaysia Tampil Beri Respon & Jalankan Siasatan Menyeluruh

Sumber: Facebook Syahirah Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×