Euforia Bola 2026
40 Minggu

Padat Dengan Info Peribadi, Ibu-Ibu Hamil Diingatkan Untuk TIDAK Tunjuk Buku Pink Sesuka Hati!

buku pink

Ramai menyangka buku pink hanyalah rekod biasa yang boleh ditunjukkan apabila diminta. Hakikatnya, dokumen tersebut mengandungi pelbagai maklumat kesihatan peribadi yang dilindungi dan tidak wajar diminta tanpa sebab yang munasabah.

Penjelasan itu dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) susulan dakwaan seorang wanita hamil diminta menunjukkan buku pink ketika berada di sebuah pasar raya, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai hak privasi ibu mengandung.

Baca juga: Lepas Czer, Nurse Selalu Tanya Ibu Dah Kentut Ke Belum? Rupanya Ini Sebab & Cara Mudah Buang Angin

WANITA HAMIL DIMINTA TUNJUK BUKU PINK OLEH PEKERJA PASAR RAYA

buku pink

Gambar hiasan: Gemini AI

Buku pink mengandungi maklumat kesihatan sensitif

Mengulas isu itu, PHM menjelaskan bahawa buku pink atau merupakan rekod kesihatan rasmi ibu mengandung yang mengandungi pelbagai maklumat penting. Antaranya termasuk sejarah perubatan, keputusan ujian darah, rekod pemeriksaan kehamilan serta perkembangan kandungan.

Menurut PHM, semua maklumat tersebut merupakan data peribadi sensitif yang sewajarnya dikendalikan dengan penuh penghormatan terhadap privasi pemiliknya.

Justeru, buku pink bukanlah dokumen pengenalan diri yang wajib ditunjukkan kepada mana-mana individu bagi membuktikan seseorang sedang hamil.

Ibu hamil berhak menolak permintaan

PHM turut menjelaskan bahawa pekerja atau mana-mana pihak boleh meminta untuk melihat buku pink dengan cara yang sopan sekiranya mempunyai sebab tertentu. Namun begitu, ibu hamil juga mempunyai hak untuk menolak permintaan tersebut.

“Pekerja boleh bertanya atau meminta dengan baik, tetapi ibu hamil juga mempunyai hak untuk berkata tidak,” jelas PHM.

Penjelasan itu sekali gus mengingatkan orang ramai bahawa setiap individu mempunyai hak terhadap maklumat kesihatan mereka sendiri.

Baca juga: “Besarnya Pengorbanan Isteri…” Tular Usahawan Ditidurkan Lepas Bersalin, Rupanya Ini Bahaya Uri Melekat Pada Dinding Rahim

buku pink

Gambar: Facebook KKM

SIAPA YANG BOLEH DAN LAYAK MELIHAT BUKU REKOD KESIHATAN IBU HAMIL?

Memandangkan buku pink mengandungi maklumat perubatan peribadi dan sulit, hanya individu atau pihak tertentu sahaja yang dibenarkan melihat dokumen ini:

  1. Pengamal perubatan bertauliah: Doktor, jururawat, dan bidan di fasiliti kesihatan.
  2. Individu terdekat: Suami atau ahli keluarga rapat (atas kebenaran ibu hamil) untuk tujuan rujukan atau sokongan.
  3. Pegawai kesihatan awam: Pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa proses pemantauan atau rujukan kecemasan.

Secara keseluruhannya, buku pink mengandungi rekod kesihatan, butiran peribadi dan maklumat pasangan.

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) [Akta 709], maklumat kesihatan dikategorikan sebagai data peribadi sensitif yang tidak boleh diakses atau didedahkan oleh pihak ketiga (seperti premis komersial atau agensi swasta) tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik data.

Bagi fasiliti kerajaan (KKM), maklumat ini dilindungi dengan ketat di bawah etika kerahsiaan perubatan penjawat awam.

Sekiranya buku pink anda hilang atau tercicir, anda mesti segera membuat laporan polis bagi mengelakkan risiko salah guna identiti dan sebagai syarat mendapatkan buku ganti yang baharu.

Wanita hamil didakwa diminta tunjuk buku pink

Terdahulu, tular perkongsian seorang suami yang mendakwa isterinya yang sedang hamil 38 minggu ditahan oleh seorang pekerja pasar raya selepas selesai membuat pembayaran.

Menurut dakwaan tersebut, pekerja berkenaan mengesyaki wanita itu menyembunyikan barangan di sebalik pakaiannya kerana bentuk perutnya dianggap tidak menyerupai wanita hamil.

Lebih mengejutkan, wanita itu didakwa diminta menunjukkan buku pink bagi membuktikan bahawa dia benar-benar sedang mengandung. Malah, pasangan itu turut mendakwa wanita berkenaan diminta menunjukkan bahagian perutnya sebelum penyelia dipanggil untuk menyelesaikan keadaan.

Menurut suami wanita itu, mereka terpaksa menunggu hampir 20 minit di kawasan terbuka sambil diperhatikan pelanggan lain.

Bagaimanapun, selepas penyelia menjalankan semakan, pekerja yang membuat dakwaan itu mengakui dia sebenarnya tidak pernah melihat wanita berkenaan mengambil sebarang barangan.

Tiada barang curi ditemui, tiada saksi dan tiada bukti dikemukakan. Kecurigaan itu didakwa timbul semata-mata berdasarkan bentuk fizikal wanita tersebut.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia / Instagram @era.je

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×