Seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan menjadi perhatian selepas didakwa memberikan teguran tegas kepada seorang wanita warga asing yang mempertikaikan kos rawatan dikenakan ketika mahu mendapatkan pemeriksaan kehamilan.
Perkongsian mengenai kejadian itu tular di media sosial selepas seorang lelaki mendakwa insiden berkenaan berlaku ketika ibu saudaranya hadir ke klinik untuk pemeriksaan kehamilan.
Baca juga: Mengadu Sakit Sebatang Gigi, Sekali 12 Batang Gigi Pula Dicabut Doktor! Aduhai Kesian Pak Cik…
WANITA ROHINGYA DIDAKWA PERTIKAI KOS RAWATAN KLINIK KERAJAAN

Gambar hiasan: Gemini AI
Didakwa enggan membuat bayaran deposit
Menurut perkongsian tersebut, wanita Rohingya itu hadir ke klinik bagi membuka rekod kehamilan atau buku pink.
Bagaimanapun, keadaan mula menjadi tegang apabila wanita berkenaan diminta menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM30 sebelum urusan pemeriksaan diteruskan.
Menurut individu yang berkongsi cerita itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran berkenaan.
Jururawat yang bertugas kemudian didakwa menjelaskan bahawa prosedur di klinik kerajaan perlu dipatuhi dan sekiranya tidak dapat memenuhi syarat pembayaran yang ditetapkan, dia boleh mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan didakwa mengeluarkan kad debit sebelum membuat pembayaran deposit seperti diminta.
Baca juga: “Lepas Tengok Terus Kembang Tekak”- Penjual Warga Asing Kantoi Jual & Simpan Aiskrim Dalam Tong Cat!
Pertikai kos rawatan untuk pemeriksaan seterusnya
Menurut perkongsian sama, keadaan kembali tegang apabila wanita tersebut dimaklumkan terdapat kos rawatan lain yang perlu dijelaskan sebelum pemeriksaan imbasan bayi dijalankan.
“Makcik aku terkejut… lepas dia bayar deposit, tiba-tiba wanita Rohingya tu mengamuk dan bergaduh lagi dengan jururawat. Kali ini sebab dia kena buat bayaran lain pula.
“Jururawat tu jelaskan bahawa bavaran RM30 sebelum tu adalah deposit dan bayaran lain masih diperlukan sebelum scan baby,” katanya.

Gambar hiasan: BH
Dia didakwa mempertikaikan mengapa pesakit lain di klinik berkenaan tidak perlu membuat bayaran yang sama.
Perkongsian itu mendakwa jururawat terbabit kemudian memberikan teguran tegas supaya wanita berkenaan mematuhi prosedur pembayaran yang telah ditetapkan sebelum rawatan diteruskan.
“Wanita Rohingya tu pertikai kenapa orang lain yang ada kat situ tak perlu bayar pun.
“Jururawat tu terus tengking you ingat you orang Malaysia ke? Bayar sekarang, tak bayar tak boleh scan,” katanya.
Situasi itu dikatakan menyebabkan seorang kakitangan lelaki keluar dari bilik rawatan bagi membantu meredakan keadaan.
Menurut individu tersebut, wanita berkenaan akhirnya memilih untuk meninggalkan klinik tanpa meneruskan urusan pemeriksaan.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan jururawat kerana didakwa menjalankan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Ini bukan kezaliman, tapi mempertahankan hak dan kedaulatan. Tahniah pada yang berani dan tegas,” komen warga maya.
Sumber: Threads
FT Image: Gemini AI
