Khabar yang dinanti-nantikan oleh ramai ibu bapa dan pelajar akhirnya tiba apabila Permohonan SBP 2027 serta sekolah khusus lain dibuka secara dalam talian bermula 10 Julai hingga 14 Ogos 2026.
Bagi sesi kemasukan 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan sistem Single Entry Point, membolehkan murid memohon ke beberapa sekolah khusus melalui satu platform yang sama.
MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN SBP 2027

Gambar hiasan: Gemini AI
Selain Sekolah Berasrama Penuh (SBP), permohonan turut melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Semua murid di bawah sekolah KPM perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi mengikut kategori kemasukan.
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Sementara itu, murid sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM tetapi ingin memohon kemasukan ke MRSM perlu mendaftar melalui Sistem Maklumat Murid MyMRSM.
Apa itu PKSK?
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ialah ujian standard yang diwajibkan kepada semua calon yang memohon kemasukan ke sekolah khusus.
PKSK menjadi syarat utama pemilihan ke:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Tanpa menduduki PKSK, permohonan tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah berkenaan.
Baca juga: Adik-Adik SPM Boleh Terus Jadi Penjawat Awam! KKM Tawar Latihan Separa Perubatan, Siap Dapat Elaun

CARA MOHON SBP TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4
Bagi calon Tingkatan 1, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian:
- Borang permohonan perlu diisi dengan bimbingan ibu bapa, penjaga atau guru.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap.
- Kesilapan mengisi borang boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
- Maklumat permohonan boleh dikemas kini sehingga 14 Ogos 2026.
- PKSK Tingkatan 1 akan berlangsung dari 12 Oktober hingga 22 Oktober 2026.
Bagi calon Tingkatan 4 pula, panduannya hampir sama:
- Isi borang dengan bimbingan ibu bapa, penjaga atau guru.
- Semak setiap maklumat sebelum dihantar.
- Kesilapan maklumat boleh menjejaskan peluang kemasukan.
- Pengemaskinian dibenarkan sehingga 14 Ogos 2026.
- PKSK Tingkatan 4 dijadualkan berlangsung dari 21 September hingga 1 Oktober 2026.
Tarikh penting yang perlu disimpan
Bagi mengelakkan terlepas sebarang urusan, berikut ialah garis masa penting permohonan sekolah khusus sesi 2027:
- Permohonan PKSK / Sekolah Khusus: 10 Julai – 14 Ogos 2026
- Semakan Pusat Ujian (Tingkatan 1 & 4): Bermula awal September 2026 (Selepas data permohonan diproses)
- Pelaksanaan Ujian PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
- Pelaksanaan Ujian PKSK Tingkatan 1: 12 Oktober – 22 Oktober 2026
- Semakan Tawaran Utama: Dijangka pada Disember 2026 / Januari 2027
Baca juga: Musim Peperiksaan Dah Tiba…Ini Senarai Doa ‘Power’ Bantu Anak Skor, Mak Ayah Boleh Amalkan Bersama
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
FT Image: Fail NSTP
