Euforia Bola 2026
Famili

Tular Syarikat Terkenal Syaratkan Bakal Pekerja Berhijab Pakai Turban, Ustazah Asmak Husin Beri Teguran & Pandangan

pekerja berhijab

Isu membabitkan pekerja berhijab menjadi perhatian selepas tular satu tangkap layar di media sosial yang mendakwa sebuah outlet jenama terkenal di ibu kota menetapkan syarat pemakaian turban kepada bakal pekerja wanita berhijab tanpa membenarkan pilihan tudung lain.

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asmak Husin berkata beliau tidak menyangka aduan seperti itu masih timbul di Malaysia pada tahun 2026.

Baca juga: [TERKINI] Sudah Rasmi! Caruman LINDUNG 24 Jam PERKESO Tidak Lagi Wajib

BAKAL PEKERJA BERHIJAB DISYARATKAN PAKAI TURBAN

pekerja berhijab

Gambar hiasan: Gemini AI

Bagaimanapun, beliau menegaskan pandangannya dibuat sekiranya dakwaan tersebut benar berlaku seperti berikut:

1. Saya perasan ada satu tangkap layar yang agak tular berkaitan seorang wanita yang mendakwa adanya sebuah outlet di KLCC yang telah menetapkan dress code bagi wanita berhijab yang mewajibkan pemakaian turban dan tidak membenarkan pilihan tudung lain.

2. Saya tidak sangka masih ada aduan seperti ini pada tahun 2026 di Malaysia.

3. Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, malah Perlembagaan Persekutuan turut menjamin hak setiap individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

4. Pemilik outlet perlu faham. Ini bukan soal fesyen atau imej syarikat yang boleh ditetapkan sesuka hati. Ini soal hak asasi dan kebebasan beragama.

5. Di peringkat antarabangsa, instrumen hak asasi manusia turut melarang diskriminasi dalam pekerjaan yang berasaskan agama, termasuk terhadap wanita yang memilih untuk berhijab.

Baca juga: Sultan Selangor Tidak Perkenan Solat Jumaat Di Surau Pusat Beli-Belah, Ini 5 Sebabnya!

pekerja berhijab

Tangkap layar perbualan chat yang tular.

6. Jika benar berlaku diskriminasi seperti yang didakwa, bagi saya isu ini tidak sepatutnya hanya berhenti di media sosial.

7. Malangnya, Malaysia masih ketinggalan dalam aspek ini. Berbeza dengan negara lain yang telah mempunyai undang-undang melindungi pencari kerja daripada diskriminasi sejak peringkat iklan jawatan, temu duga dan pengambilan pekerja.

Malaysia masih belum menyediakan perlindungan yang jelas kepada pencari kerja yang didiskriminasi sebelum mereka diterima bekerja.

8. Tapi tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya, aduan seperti ini masih boleh dibawa ke SUHAKAM supaya dapat disiasat dan didokumentasikan.

9. Saya juga berharap Kerajaan meminda undang-undang sedia ada supaya perlindungan daripada diskriminasi bukan sahaja terpakai kepada pekerja, malah turut melindungi pencari kerja sejak peringkat iklan jawatan, temu duga dan proses pengambilan pekerja.

10. Sebagai pengguna pula, kita juga mempunyai kuasa melalui pilihan kita. Jika benar ada syarikat yang memilih dasar yang bersifat diskriminatif, pengguna juga berhak membuat keputusan sama ada mahu terus menyokongnya atau tidak.

11. Mesej kita kena sampai kepada mereka bahawa hak untuk mencari rezeki tidak sepatutnya datang dengan syarat seseorang perlu menggadaikan prinsip yang dipegang.

Baca juga: “Bukan Nak Rampas Tempat Pelajar Tempatan”- Pelajar China Tiba-Tiba Ramai Di IPTA, Apa Sedang Berlaku?

Sumber: Facebook Ustazah Asmak Husin

FT Image: Ustazah Asmak Husin / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×