Euforia Bola 2026
Sihat

110 Rakyat Malaysia Disahkan Hidap Kanser Setiap Hari, Rekod Pesakit Wanita Lebih Tinggi

HIDAP KANSER

Semakin ramai rakyat Malaysia disahkan hidap kanser setiap tahun, malah statistik terkini menunjukkan purata 110 kes baharu direkodkan setiap hari, sekali gus membuktikan penyakit ini masih menjadi ancaman kesihatan utama negara.

Statistik terkini menunjukkan penyakit ini terus menjadi antara ancaman kesihatan utama negara, dengan wanita merekodkan jumlah pesakit yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Baca juga: Pelajar Lari Selamatkan Diri, Tular Video Individu Masuk Sekolah Bawa Senjata Tajam!

110 KES HIDAP KANSER SETIAP HARI DI MALAYSIA

HIDAP KANSER

Berdasarkan data Registri Kanser Kebangsaan Malaysia yang dikongsikan oleh Institut Kanser Negara (IKN), sebanyak 40,198 kes kanser baharu direkodkan sepanjang tahun 2024. Daripada jumlah itu, 21,958 kes melibatkan wanita, manakala 18,240 kes melibatkan lelaki.

Dalam kalangan wanita, kanser payudara kekal sebagai jenis kanser paling kerap didiagnosis, diikuti kanser kolorektal dan kanser rahim. Bagi lelaki pula, tiga jenis kanser yang paling banyak dilaporkan ialah kanser kolorektal, paru-paru dan prostat.

Lebih membimbangkan, kanser kini merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia dengan sebanyak 19,180 kematian direkodkan pada tahun 2024. Antara kanser yang paling banyak meragut nyawa ialah kanser paru-paru, kolorektal dan payudara.

Walaupun begitu, IKN menegaskan bahawa diagnosis kanser bukan bermaksud tiada harapan untuk sembuh. Peluang pesakit untuk terus hidup dan menjalani kehidupan yang berkualiti adalah jauh lebih tinggi sekiranya penyakit dikesan pada peringkat awal serta menerima rawatan yang lengkap.

Sebagai contoh, pesakit kanser payudara yang dikesan pada Tahap 1 atau Tahap 2 mempunyai kadar kelangsungan hidup sehingga 98 peratus selepas lima tahun.

HIDAP KANSER

IKN turut menjelaskan bahawa kanser berlaku akibat gabungan pelbagai faktor. Antaranya ialah peningkatan usia, tabiat merokok, amalan pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan makanan diproses secara berlebihan, selain faktor risiko lain.

Dari segi rawatan pula, pesakit kini mempunyai lebih banyak pilihan termasuk kemoterapi, radioterapi, terapi sasaran dan ubatan moden. Bagi sesetengah pesakit, terapi sasaran dalam bentuk tablet mampu merawat kanser berdasarkan ciri genetik tertentu tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada rawatan suntikan.

Justeru, IKN mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan sebarang tanda atau simptom yang mencurigakan. Pemeriksaan kesihatan secara berkala dan pengesanan awal mampu meningkatkan peluang rawatan yang berjaya serta mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius.

Baca juga: Hati-Hati Dengan Website Palsu! Scammer Nak Curi Username, Password & PIN Akaun Anda

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×