Euforia Bola 2026
Famili

“Lepas Pukul 6 Kubur Tutup”- Ibu Dakwa Pernah Alami Nasib Sama, Jenazah Anak Dah Tepi Liang Lahad Tapi Urusan Tertangguh

tanah perkuburan

Isu tanah perkuburan yang menjadi perhatian ramai susulan kontroversi urusan pengebumian baru-baru ini turut mengundang pelbagai perkongsian daripada orang awam.

Antaranya ialah luahan seorang ibu yang mendakwa pernah melalui pengalaman hampir sama apabila urusan pengebumian arwah anak sulungnya tidak dibenarkan diteruskan kerana dikatakan sudah melepasi waktu operasi tanah perkuburan.

Baca juga: Hanya Kerana Tak Suka Orang Gemuk, Lelaki Bertindak Serang Wanita Guna Pisau Pemotong!

ISU TANAH PERKUBURAN, URUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH DITANGGUHKAN

tanah perkuburan

Gambar: Threads @nurulhuda.ruslan.3

Perkongsian pengguna Threads @nurulhuda.ruslan.3 itu tular apabila ramai menyifatkan kisah yang diceritakannya mempunyai persamaan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut wanita berkenaan, arwah anaknya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sekitar jam 9 pagi untuk menjalani proses bedah siasat.

Selepas selesai kira-kira jam 2 petang, jenazah diambil oleh pasukan UKVJ (Mr Wan Chai Official) untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan bersama pelajar tahfiz Pertubuhan Nur Kasih.

Semua urusan selesai sekitar jam 5 petang sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana untuk dikebumikan.

Wanita itu berkata, perjalanan dari Klang ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana mengambil masa lebih lama daripada jangkaan berikutan hujan lebat dan kesesakan lalu lintas.

Jenazah dijangka tiba sekitar jam 6.05 hingga 6.10 petang.

Menurut dakwaannya, ketika masih dalam perjalanan, pihak tanah perkuburan memaklumkan bahawa urusan pengebumian tidak lagi dibenarkan selepas jam 6 petang kerana kawasan perkuburan telah ditutup.

Wanita itu mendakwa dia kemudian menghubungi pihak tanah perkuburan yang diuruskan oleh MPAJ serta pihak masjid bagi memohon sedikit kelonggaran sehingga jam 6.30 petang.

Namun, menurutnya, rayuan tersebut tidak berjaya.

Malah, beliau mendakwa dimaklumkan bahawa jenazah tidak boleh dikebumikan selepas jam 6 petang dan disarankan supaya disimpan terlebih dahulu.

tanah perkuburan

Baca juga: PU Syed Kesal Individu Hantar 20Kg Daging Korban Yang Berbau Ke Madrasah, Akhirnya Terpaksa Ditanam

Jenazah didakwa sudah berada di tepi liang lahad

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa jenazah anaknya sudah pun tiba di tepi liang lahad yang siap digali.

Bagaimanapun, penggali kubur memaklumkan bahawa urusan pengebumian tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat kebenaran.

Menurutnya lagi, dia akhirnya sanggup membayar lebih kepada penggali kubur supaya jenazah anaknya dapat dikebumikan pada hari yang sama.

Wanita itu turut menceritakan suasana pilu apabila ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan arwah yang sudah berada di tanah perkuburan tidak dapat menahan tangisan melihat apa yang berlaku.

“Ya Allah… apa yang sedang berlaku dengan agama kita? Sampai urusan pengebumian pun perlu mengikut waktu pejabat.

“Saya hanya mampu berdoa agar semua yang terlibat menerima balasan yang setimpal daripada Allah, sama ada di dunia mahupun di akhirat,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, wanita berkenaan turut menzahirkan harapan agar ada keadilan buat keluarga Allahyarhamah Siti Adawiyah yang kini menjadi perhatian ramai.

Malah, dia juga menitipkan doa buat arwah anaknya, Muhammad Anis bin Mohd Najib.

isu tanah perkuburan

Nota penulis: Artikel ini dibuat dengan kebenaran pemilik cerita.

Sumber: Threads @nurulhuda.ruslan.3

FT Image: Threads @nurulhuda.ruslan.3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×