Euforia Bola 2026
Didik

Adik-Adik SPM Boleh Terus Jadi Penjawat Awam! KKM Tawar Latihan Separa Perubatan, Siap Dapat Elaun

penjawat awam

Ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kemungkinan belum tahu bahawa terdapat laluan terus untuk menjadi penjawat awam dalam sektor kesihatan melalui program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Program ini membuka peluang besar untuk menyertai perkhidmatan kerajaan selepas tamat latihan.

Baca juga: Musim Peperiksaan Dah Tiba…Ini Senarai Doa ‘Power’ Bantu Anak Skor, Mak Ayah Boleh Amalkan Bersama

LEPASAN SPM UNTUK JADI PENJAWAT AWAM KKM

penjawat awam

Gambar: Facebook ILKM Sultan Azlan Shah

Lebih menarik, peserta bukan sahaja menerima latihan profesional di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi juga diberi elaun sepanjang tempoh pengajian tanpa perlu menanggung kos seperti institusi pendidikan biasa.

“Tak ramai tahu, lepasan SPM boleh belajar bawah kerajaan melalui Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Habis belajar boleh jadi penjawat awam. Jimat tak perlu bayar kos pengajian sebab ada elaun,” jelas e-Central di hantaran Facebook.

Apa itu Latihan Separa Perubatan KKM?

Latihan Separa Perubatan KKM ialah program di bawah KKM yang terbuka kepada lepasan SPM atau kelayakan setaraf. Permohonan dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Latihan dijalankan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), dan graduan berpeluang diserap terus sebagai penjawat awam sama ada secara tetap atau kontrak bergantung kepada kekosongan jawatan.

Tempoh latihan & pengambilan

Program ini ditawarkan dalam dua peringkat:

  • Diploma: Tempoh latihan 3 tahun
  • Sijil: Tempoh latihan 2 tahun

Pengambilan pula diadakan dua kali setahun iaitu pada April dan Oktober, dengan pelaksanaan baharu berkuat kuasa sesi Oktober 2026.

Kenapa ramai pilih laluan ini untuk jadi penjawat awam?

Antara kelebihan utama program ini:

  • Laluan terus menjadi penjawat awam
  • Latihan di bawah KKM yang diiktiraf
  • Elaun sepanjang tempoh pengajian
  • Kos pengajian ditanggung kerajaan
  • Peluang diserap sebagai pekerja tetap atau kontrak

Baca juga: Malaysia Boleh! 5 Universiti Tempatan Kini Dalam Kelompok 10 Terbaik Asia Tenggara

Baca juga: Macam Siaran TV Betul! Pelajar SMK Derma Buat ‘Live Stream’ Bola Sepak Dengan Kelengkapan Penyiaran Taraf Profesional

penjawat awam

Gambar hiasan: Gemini AI

SENARAI PROGRAM DIPLOMA SEPARA PERUBATAN

Terdapat 10 bidang utama bagi peringkat diploma:

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Latihan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan/Terapi)
  5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Juruteknologi Pergigian
  10. Latihan Juruterapi Pergigian

Senarai Program Sijil Separa Perubatan

Untuk peringkat sijil, dua program ditawarkan:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Semak syarat permohonan

Calon boleh menyemak syarat penuh di laman rasmi SPA: https://www.spa.gov.my/syarat…/latihan-separa-perubatan

Maklumat terkini juga boleh diikuti melalui Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sumber: SPA

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×