Euforia Bola 2026
Rakyat

Hari Bekerja Hibrid Bermula 1 Ogos Ini…Tiada Had Radius 8KM, Pegawai Di Negeri & Daerah Turut Layak

hari bekerja hibrid

Kerajaan bersetuju melaksanakan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam sektor Perkhidmatan Awam, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026 dalam usaha memperkenalkan pengaturan kerja yang lebih fleksibel tanpa menjejaskan produktiviti dan waktu bekerja.

Baca juga: Ini 7 Perubahan Besar Kerajaan Mulai Julai 2026 Untuk Rakyat Tercinta, Take Note Ya!

HARI BEKERJA HIBRID, TIADA LAGI SYARAT RADIUS 8KM

HARI BEKERJA HIBRID

Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, yang menyifatkan HBH sebagai satu inisiatif baharu kerajaan dalam memperkukuh sistem kerja moden yang lebih seimbang antara keperluan perkhidmatan dan kesejahteraan penjawat awam.

Melalui pelaksanaan HBH, penjawat awam yang layak dibenarkan bekerja secara hibrid iaitu:

  • Dua hari bekerja dari rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan Ketua Jabatan
  • Tiga hari selebihnya di pejabat

Tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat yang ditetapkan.

Kerajaan turut menegaskan bahawa pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan penting kepada rakyat. Perkhidmatan kaunter serta sektor kritikal seperti keselamatan, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan mahkamah akan terus beroperasi seperti biasa.

hari bekerja hibrid

HBH juga akan menggantikan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) sedia ada, manakala garis panduan terperinci akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.

Untuk pencerahan, pelaksanaan HBH tidak lagi terikat dengan syarat radius 8 kilometer seperti sebelum ini. Ini bermakna ia terbuka tanpa had jarak, namun masih tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan serta garis panduan yang ditetapkan.

HBH turut terpakai kepada pegawai yang layak sama ada bertugas di ibu pejabat, pejabat negeri mahupun pejabat daerah.

Ketetapan hari hadir ke pejabat

Bagi memudahkan pelaksanaan, ketetapan hari bekerja di pejabat turut diperincikan seperti berikut:

Negeri yang cuti hujung minggu Sabtu & Ahad – Wajib hadir ke pejabat pada Isnin dan Jumaat

Kedah, Kelantan & Terengganu – Wajib hadir ke pejabat pada Ahad dan Khamis

Satu lagi hari kehadiran akan ditentukan oleh Ketua Jabatan mengikut keperluan operasi dan pengurusan jabatan masing-masing.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan lengkap pelaksanaan HBH dalam masa terdekat bagi memastikan semua agensi memahami mekanisme pelaksanaan dengan lebih jelas dan seragam.

Pelaksanaan ini dilihat sebagai langkah ke hadapan dalam memperkukuh sistem kerja sektor awam yang lebih fleksibel, moden dan berorientasikan hasil, tanpa mengorbankan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Baca juga: Nak Renew Pasport? Imigresen Umum Penutupan Sementara 71 Kaunter Cawangan INI Mulai 26 Jun, Ramai Dijangka Terjejas

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×