Euforia Bola 2026
Rakyat

Malaysia Terus Cemerlang! Berada Di Kedudukan Ke-12 Untuk Negara Paling Aman Di Dunia

NEGARA PALING AMAN

Perkongsian terbaharu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di laman Facebook beliau menyentuh mengenai pencapaian membanggakan negara apabila Malaysia terus diiktiraf sebagai antara negara paling aman di dunia menerusi Global Peace Index (GPI) 2026.

Baca juga: Zikir & Doa Popular Hari Asyura Dianjurkan Baca Selepas Solat Asar, Rebut Waktu Mustajab Ini!

MALAYSIA NEGARA PALING AMAN DI DUNIA

NEGARA PALING AMAN

Menurut beliau, pencapaian ini sekali gus meletakkan Malaysia sebaris dengan negara seperti Singapura dan Jepun sebagai antara negara paling aman di rantau Asia, mencerminkan tahap keselamatan dan kestabilan yang terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Dalam hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan antarabangsa yang diterima Malaysia dan menyifatkannya sebagai hasil usaha berterusan semua pihak, khususnya Kerajaan MADANI dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Tambahnya, kejayaan ini bukanlah hasil usaha sebelah pihak semata-mata, sebaliknya melibatkan komitmen bersepadu pelbagai agensi keselamatan, pasukan penguatkuasaan serta seluruh rakyat yang bersama-sama memainkan peranan dalam mengekalkan ketenteraman negara.

Beliau turut menegaskan bahawa di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia, pelbagai usaha akan terus diperkasakan termasuk memperkukuh keselamatan awam, mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, memperketat kawalan sempadan negara serta membanteras jenayah secara menyeluruh.

NEGARA PALING AMAN

Selain itu, aspek keselamatan bukan sekadar pencapaian statistik semata-mata, sebaliknya merupakan asas penting kepada kesejahteraan rakyat, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi negara yang lebih stabil dan mampan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua anggota pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan atas dedikasi serta pengorbanan mereka dalam memastikan Malaysia kekal aman dan harmoni.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang selamat, stabil dan sejahtera demi manfaat seluruh rakyat.

“Tahniah dan penghargaan kepada semua anggota pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara keamanan yang kita kecapi hari ini,” tulisnya di laman Facebook.

Baca juga: Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi, Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×