Euforia Bola 2026
Rakyat

Malaysia Kedudukan Kedua Di ASEAN Negara Paling Aman, Pencapaian Luar Biasa!

negara paling aman

Malaysia terus mengekalkan reputasinya sebagai antara negara paling aman di dunia apabila berada di kedudukan ke-13 global dan kedua paling aman dalam kalangan negara ASEAN, menurut Indeks Keamanan Global (Global Peace Index, GPI) 2025 yang diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP).

Baca juga: “Jangan Putus Harapan…” – Tun Dr. Mahathir Dedah Cara Belajar, Pasti Berjaya Dalam Akademik!

NEGARA PALING AMAN, MALAYSIA DI TANGGA KEDUA DALAM ASEAN

NEGARA PALING AMAN

Freepik

Dengan skor 1.469, Malaysia mencatat prestasi membanggakan meskipun mengalami sedikit penurunan satu anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Laporan GPI ini menilai 163 negara berdasarkan beberapa indikator utama termasuk tahap keselamatan masyarakat, keterlibatan dalam konflik domestik dan antarabangsa, serta sejauh mana pengaruh ketenteraan di sesebuah negara.

Singapura terus mengungguli kedudukan sebagai negara paling aman di ASEAN dengan kedudukan ke-6 dunia dan skor 1.357, tidak berubah daripada laporan tahun lalu. Ini mengekalkan status Singapura sebagai negara paling stabil dan selamat di rantau ini.

Kedudukan Negara-Negara ASEAN Lain dalam GPI 2025:

Vietnam – Kedudukan ke-38 (Skor: 1.721) Naik 1 tempat

Laos – Kedudukan ke-47 (Skor: 1.783) Turun 3 tempat

Indonesia – Kedudukan ke-49 (Skor: 1.786)  Naik 3 tempat

Thailand – Kedudukan ke-86 (Skor: 2.017) Turun 5 tempat

Kemboja – Kedudukan ke-87 (Skor: 2.019) Turun 12 tempat

Filipina – Kedudukan ke-105 (Skor: 2.148) Naik 6 tempat

Myanmar – Kedudukan ke-153 (Skor: 3.045) Turun 2 tempat

Buat tahun ke-17 berturut-turut sejak 2008, Iceland terus mengekalkan status sebagai negara paling aman di dunia. Negara-negara lain yang menghuni kedudukan teratas termasuk Ireland, Austria, New Zealand dan Switzerland yang masing-masing mencatat skor tinggi dalam aspek kestabilan politik, keselamatan awam, dan rendahnya kadar konflik.

Indeks GPI merupakan laporan tahunan yang diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP), yang berpangkalan di Sydney, Australia. Ia menilai tahap keamanan di 163 negara menggunakan 23 indikator kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi aspek keselamatan masyarakat, tahap konflik dalaman dan luaran, serta tahap ketenteraan sesebuah negara.

Baca juga: Tun Dr. Mahathir Cecah Usia 100 Tahun, Anak Sulung Syukur Masih Dapat Ketawa Bersama Ayah

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×