Euforia Bola 2026
Nur

Zikir & Doa Popular Hari Asyura Dianjurkan Baca Selepas Solat Asar, Rebut Waktu Mustajab Ini!

AMALAN HARI ASYURA

Amalan Hari Asyura merupakan peluang istimewa yang dianugerahkan Allah SWT kepada umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah serta mendekatkan diri kepada-Nya.

Selain disunatkan berpuasa pada 10 Muharam, hari penuh keberkatan ini turut membuka ruang untuk umat Islam melipatgandakan zikir, doa dan pelbagai amalan sunat lain.

Baca juga: Berjaga Sampai Subuh Demi World Cup, Ramai Dah Mula Ambil MC! Pakar Jelaskan Kesan Sebenar Pada Kesihatan\

AMALAN HARI ASYURA: ZIKIR & DOA BOLEH DIBACA

AMALAN HARI ASYURA

Antara waktu yang sering dimanfaatkan oleh umat Islam ialah selepas menunaikan solat Asar pada Hari Asyura sehingga masuk waktu Maghrib. Walaupun tiada doa khusus yang diwajibkan dibaca pada waktu tersebut, ia merupakan masa yang sesuai untuk memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah SWT.

Selepas solat Asar, anda boleh mengisi waktu dengan berzikir:

  • Astaghfirullahal ‘Azim wa atubu ilaih
  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • Allahu Akbar
  • La ilaha illallah
  • Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad

Selain itu, amalan hari Asyura yang boleh dilakukan adalah dengan membaca doa ini:

1. Doa memohon keampunan

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Engkau menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.”

2. Doa mohon kebaikan dunia & akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana atina fid-dunya hasanah wa fil-akhirati hasanah wa qina ‘azaban nar.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.”

AMALAN HARI ASYURA

3. Doa Nabi Yunus AS

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.

Maksud: “Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri.”

4. Doa memohon ketetapan Iman

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Ya Muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik.

Maksud: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Semoga segala amalan yang dilakukan pada Hari Asyura menjadi asbab memperoleh keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Baca juga: Raja Salman Taja 1,000 Jemaah Dari Seluruh Dunia Tunai Umrah, Malaysia Antara Negara Bertuah!

Sumber: Threads Rahmanilmcentre & Ustaz Wadi Annuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×