Euforia Bola 2026
Nur

Mufti Pulau Pinang Tegur Istilah ‘Infak’ Dalam Jualan, Kena Jelas & Jangan Sampai Mengelirukan Penyumbang

INFAK DALAM JUALAN

Infak dalam jualan mungkin kelihatan sebagai satu usaha yang baik untuk menggalakkan amalan bersedekah, namun penggunaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Menurut Mufti Pulau Pinang, istilah seperti infak, sedekah dan wakaf tidak boleh dijadikan sekadar alat promosi tanpa penjelasan yang jelas kepada masyarakat.

Baca juga: Ibu Bapa Wajib Ambil Maklum, Ini Jadual Rasmi Peperiksaan UPKK & IKP 2026 Diumumkan JAKIM Bermula 29 Jun

MUFTI TEGUR PENGUNAAN ISTILAH INFAK DALAM JUALAN

INFAK DALAM JUALAN

Menurut beliau, setiap kutipan yang menggunakan istilah infak perlu diuruskan secara amanah dan telus bagi memastikan masyarakat memahami ke mana sumbangan mereka disalurkan.

Beliau menjelaskan bahawa apabila seseorang individu atau organisasi mengajak orang ramai berinfak, masyarakat lazimnya akan menganggap wang yang disumbangkan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan yang dinyatakan.

Oleh itu, sebarang kos pengurusan, upah, keuntungan atau manfaat yang diperoleh daripada kutipan tersebut perlu dimaklumkan dengan jelas kepada para penyumbang sejak awal.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan penyumbang membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap serta mengelakkan sebarang salah faham.

Kenyataan tersebut dibuat susulan perbincangan hangat di media sosial mengenai seorang peniaga makanan yang melakukan siaran langsung sambil mengumpul wang daripada orang ramai menggunakan istilah infak sebelum makanan diagihkan kepada masyarakat.

Perkongsian itu mengundang pelbagai pandangan daripada netizen, termasuk persoalan mengenai sama ada konsep infak digunakan mengikut landasan yang betul menurut syariat Islam.

INFAK DALAM JUALAN

Jangan guna Agama untuk sembunyikan transaksi jual beli

Dalam penjelasannya, Dr Mohd Sukki berkata penggunaan istilah infak bagi sesuatu aktiviti yang sebenarnya berbentuk transaksi perniagaan boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak diterangkan dengan jelas.

Walaupun sesuatu urusan mungkin memenuhi syarat sah dari sudut akad, penggunaan istilah ibadah tanpa penjelasan yang tepat boleh bercanggah dengan semangat syariah yang menekankan kejujuran dan ketelusan.

Beliau turut mengingatkan bahawa penggunaan istilah keagamaan sebagai strategi promosi tanpa maklumat yang mencukupi boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kebajikan dan budaya memberi yang selama ini dipupuk dalam kalangan umat Islam.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang mengumpul dana daripada masyarakat perlu menjelaskan beberapa perkara penting termasuk tujuan kutipan, kaedah penggunaan wang, kewujudan kos pengurusan serta pihak yang menerima manfaat daripada sumbangan tersebut.

Semakin jelas maklumat yang diberikan, semakin tinggi tahap keyakinan masyarakat untuk menyumbang kepada sesuatu program kebajikan.

Sebaliknya, maklumat yang tidak lengkap atau mengelirukan boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan orang ramai walaupun tujuan asal program tersebut adalah baik.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Islam sentiasa menggalakkan usaha kreatif yang dapat menghidupkan amalan bersedekah dan membantu golongan memerlukan.

Baca juga: Amira Othman Dapat Inspirasi Ketika Hadir Kelas Agama, Unik Nama ‘Jarir’ Rupanya Sahabat Rasulullah SAW..

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×