Satu perkongsian di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna berkongsi resepi sotong goreng tepung kaedah yang digunakannya sejak lebih 15 tahun.
Menurutnya, teknik yang digunakan ini mampu menghasilkan sotong tepung kekal rangup, tidak meletup serta tepung tidak mudah tanggal.
Baca juga: Resepi Daging Dendeng Paling Sedap, Rasanya Memang Padu!
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG MELEKAT ELOK, TAK TERTANGGAL

1. Langkah pertama yang ditekankan adalah memastikan sotong ditoskan terlebih dahulu sehingga airnya berkurangan.
2. Seterusnya, sotong perlu dilap menggunakan tisu dapur (kitchen towel) bagi mengurangkan kelembapan pada permukaan. Kaedah ini dipercayai membantu tepung melekat dengan lebih baik dan mengurangkan risiko minyak meletup ketika proses menggoreng.
3. Selepas sotong dikeringkan, ia kemudian dicelup ke dalam telur. Lapisan telur ini berfungsi sebagai ‘gam’ yang membantu tepung melekat dengan lebih sekata pada sotong.
4. Seterusnya, tepung diletakkan di dalam bekas tertutup.
5. Sotong yang telah dicelup telur dimasukkan ke dalam bekas tersebut dan digoncang sehingga bersalut sepenuhnya. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses, malah membantu menghasilkan salutan tepung yang lebih sekata.

5. Bagi mereka yang inginkan lapisan tepung lebih tebal, langkah mencelup telur dan menyalut tepung boleh diulang sekali lagi.
6. Akhir sekali, sotong digoreng dalam minyak yang benar-benar panas.
Menurut perkongsian itu, suhu minyak yang mencukupi memainkan peranan penting dalam memastikan tekstur kekal rangup serta mengurangkan risiko minyak meletup ketika menggoreng.
Perkongsian ini menunjukkan bahawa teknik memasak yang ringkas tetapi konsisten boleh menghasilkan hasil yang lebih baik di dapur.
Walaupun kaedah berbeza mungkin diamalkan oleh setiap individu, teknik yang dikongsi ini dilihat membantu ramai dalam mendapatkan sotong goreng yang lebih kemas, rangup dan tidak mudah rosak ketika dimasak.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Sup Tulang Daging Korban Ala Thai, Masam Pedas Memang Puas Hirup!
Sumber: Threads Living in Liklau
