Euforia Bola 2026
Nur

Tular Di Media Sosial, Letak Gayung Di Tempat Wuduk Antara Amalan Yang Dikaitkan Dengan Rezeki Melimpah

amalan murah rezeki

Bila bercakap tentang amalan murah rezeki, amai membayangkan sedekah wang dalam jumlah yang besar. Hakikatnya, menyediakan kemudahan yang memudahkan urusan orang lain juga boleh dianggap sebagai satu bentuk kebaikan yang berpanjangan.

Baca juga: Wanita Kongsi 20 Senarai Ulam Yang Mungkin Ramai Tak Pernah Cuba, Sedapnya Jadi Santapan Harian!

WARGANET KONGSI AMALAN MURAH REZEKI

AMALAN MURAH REZEKI

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ruhulzikri menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi satu amalan mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Menurutnya, orang ramai boleh membeli beberapa unit gayung dan meletakkannya di kolah atau tandas masjid untuk kegunaan jemaah.

“Beli gayung dalam lima hingga 10 biji dan letakkan di kolah masjid. Buat dahulu, kemudian rasai sendiri manfaatnya,” kongsinya.

Walaupun amalan tersebut kelihatan kecil, ramai berpendapat ia merupakan satu bentuk sedekah yang memberi manfaat kepada orang ramai setiap hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi amalan lain yang boleh dilakukan sebagai sedekah jariah atau kebaikan berterusan.

“Bagi sejadah, telekung dengan kain pelikat dekat newlyweds and orang baru masuk rumah. Sebab most likely mereka tak lebih. Jadi bila orang datang singgah nak solat, tetamu akan guna awak punya. 

AMALAN MURAH REZEKI

“Tips yang ada anak, ajar anak doa-doa yang guna waktu solat. Tiap kali dia solat lepastu sampai dewasa, pahala itu mengalir kepada kita juga InsyaAllah,” jelasnya.

Dalam masa sama, seorang pengguna lain berkongsi pengalaman dirinya yang gemar memberi makan kepada kucing peliharaan serta haiwan jalanan.

Menurutnya, setiap kali memberi makan kepada kucing atau anjing yang ditemui, dia sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki supaya dapat terus membantu haiwan-haiwan tersebut.

“Saya pencinta kucing, bila saya bagi kucing makan atau bila keluar jumpa kucing dan anjing, saya akan bagi makan dan saya selalu cakap doakan kakak murah rezeki tau. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus untuk bagi anak-anak kucing saya dan kucing jalanan makan,” ujarnya.

Walaupun setiap amalan murah rezeki yang dikongsikan berbeza, ramai bersetuju bahawa membantu orang lain dan makhluk Allah mengikut kemampuan masing-masing merupakan satu bentuk kebaikan yang wajar diteruskan.

Baca juga: Jangan Terkejut! 5 Perkara Orang Malaysia Selalu Buat Ini Sebenarnya Boleh Langgar Undang-Undang

Sumber: Threads Ruhul Zikri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×