Euforia Bola 2026
Rakyat

BUDI Diesel & BUDI95 Digabung Mulai 1 Julai, Ini 5 Perkara Penting Yang Pasti Buat Rakyat Tersenyum!

BUDI Diesel

Pelaksanaan subsidi bersasar bahan api akan memasuki satu lagi fasa penting apabila BUDI MADANI menggabungkan program BUDI Diesel dan BUDI95 bermula 1 Julai 2026.

Menerusi pengumuman Kementerian Kewangan, penggunaan MyKad akan menjadi mekanisme utama bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang layak.

Bagi pemilik kenderaan yang ingin mengetahui apa yang bakal berubah, berikut adalah lima perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Baca juga: Tak Perlu Lagi Beratur! Rapid Bulanan Digital Kini Boleh Diaktifkan Guna TNG eWallet, Ini Caranya…

BUDI DIESEL DAN BUDI95 DIGABUNGKAN MULAI 1 JULAI 2026

BUDI Diesel

Gambar hiasan: BERNAMA

1. BUDI Diesel dan BUDI95 akan disepadukan

Perkara ini bermaksud, mulai 1 Julai 2026, program BUDI Diesel akan digabungkan dengan BUDI95 di bawah sistem BUDI MADANI.

Langkah ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar serta memudahkan proses pengesahan penerima yang layak melalui penggunaan MyKad.

2. Semakan kelayakan dibuka mulai 22 Jun

Orang ramai boleh mula membuat semakan kelayakan bermula 22 Jun 2026 melalui portal rasmi BUDI MADANI www.budimadani.gov.my .

Mereka yang merasakan layak tetapi belum tersenarai juga boleh mengemukakan permohonan kelayakan tambahan melalui portal rasmi BUDI MADANI atau di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BUDI MADANI untuk pertanyaan lanjut melalui:

3. Pemilik kenderaan diesel boleh nikmati akses awal pada 27 Jun

Bermula 27 Jun 2026, rakyat di Semenanjung Malaysia yang layak boleh mula menggunakan sistem BUDI MADANI untuk membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.

Kemudahan akses awal ini diberikan kepada warganegara yang mempunyai lesen memandu sah dan memiliki kenderaan diesel yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Baca juga: Jangan Terlepas! Ini 7 Bantuan Kerajaan & Pengumuman Penting Minggu Ini Yang Anda Perlu Tahu

BUDI Diesel

Gambar hiasan: BERNAMA

4. Harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter bermula 1 Julai

Selepas pelaksanaan penuh pada 1 Julai 2026, pemilik kenderaan diesel yang layak akan menikmati harga diesel bersubsidi sebanyak RM2.10 seliter.

Bagi kenderaan komersial di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 pula, harga yang ditetapkan adalah RM2.15 seliter.

5. Bukan warganegara akan membayar harga pam

Golongan bukan warganegara serta pengguna industri tidak akan menerima subsidi di bawah sistem ini.

Mereka perlu membeli diesel berdasarkan harga pam semasa yang ditetapkan mengikut pasaran.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan subsidi bahan api dapat dinikmati oleh rakyat yang benar-benar layak serta mengurangkan ketirisan dalam sistem sedia ada.

Bagi yang belum membuat semakan, orang ramai disarankan menyemak status kelayakan masing-masing lebih awal melalui portal rasmi BUDI MADANI bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar menjelang 1 Julai nanti.

Baca juga: 30 Tahun Lagi Siapa Nak Kerja? Kelahiran Di Malaysia Terus Merudum, Negara Semakin Dipenuhi Warga Emas..

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×