Euforia Bola 2026
Sihat

Fenomena ‘Midnight Motivation’: Malam Semangat Berkobar, Pagi Hilang Entah Ke Mana…Kenapa Ya?

motivasi tengah malam

Pernah tak anda alami situasi ini? Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam tapi tiba-tiba semangat motivasi tengah malam datang mencurah-curah.

Rasa nak ubah hidup, nak mula diet, nak simpan duit, nak bersenam setiap hari, malah ada yang siap merancang jadual hidup untuk sebulan akan datang.

Baca juga: Rasa Tak Bersemangat Setiap Isnin? Ini Sebab Saintifik Di Sebalik ‘Monday Blues

FENOMENA MOTIVASI TENGAH MALAM: BILA BANGUN PAGI TAK SEMANGAT DAH…

motivasi tengah malam

Foto: Ai

Tetapi keesokan paginya? Bunyi alarm pun rasa menyakitkan hati. Senarai azam yang ditulis malam tadi terus dilupakan sebaik sahaja kaki menjejak lantai.

Jika anda pernah mengalaminya, anda tidak keseorangan. Fenomena ini sebenarnya cukup popular sehingga mempunyai gelaran tersendiri di media sosial iaitu “Midnight Motivation” atau motivasi tengah malam.

Persoalannya, kenapa kita terasa begitu bersemangat pada waktu malam tetapi sukar mengekalkan semangat yang sama apabila bangun tidur?

Apa Itu ‘Midnight Motivation’?

Midnight Motivation merujuk kepada keadaan apabila seseorang mengalami lonjakan motivasi, idea dan keinginan untuk mengubah hidup pada waktu malam, terutamanya sebelum tidur.

Pada waktu ini, ramai mula:

  • Menonton video motivasi
  • Membuat pelan kewangan
  • Menyusun jadual belajar
  • Mencari workout plan
  • Menetapkan matlamat baharu
  • Membayangkan versi terbaik diri sendiri

Namun malangnya, kebanyakan perancangan tersebut tidak diterjemahkan kepada tindakan sebenar apabila tiba waktu pagi. Kenapa semangat selalu datang pada waktu malam?

1. Otak Kurang Gangguan

Pada waktu malam, suasana biasanya lebih tenang.

Tiada panggilan kerja, mesej yang bertalu-talu atau urusan harian yang perlu diselesaikan. Keadaan ini memberi ruang kepada otak untuk berfikir tentang masa depan dan matlamat hidup.

Sebab itu ramai merasakan mereka lebih fokus dan lebih jelas tentang apa yang ingin dicapai.

2. Kita Terperangkap Dalam Dunia Imaginasi

Salah satu sebab utama Midnight Motivation terasa sangat kuat ialah kerana kita sedang membayangkan hasil, bukan proses.

Contohnya:

Membayangkan badan yang kurus
Membayangkan akaun bank yang penuh
Membayangkan kejayaan dalam kerjaya

Tetapi kita belum benar-benar memikirkan cabaran sebenar yang perlu dilalui untuk mencapainya. Apabila pagi tiba dan realiti muncul, motivasi tersebut mula merosot.

3. Emosi Pada Waktu Malam Lebih Dominan

Kajian psikologi mendapati manusia cenderung menjadi lebih reflektif pada waktu malam. Kita mula mengimbas semula kehidupan, membandingkan diri dengan orang lain dan memikirkan perkara yang belum dicapai.

Perasaan inilah yang kadangkala mencetuskan keinginan kuat untuk berubah secara mendadak.

Kenapa Motivasi Hilang Bila Bangun Tidur?

motivasi tengah malam

Foto: Magnific

Realiti memerlukan tenaga, pada waktu malam, kita hanya perlu berfikir.

Tetapi pada waktu pagi, kita perlu bertindak. Di sinilah perbezaannya. Bangun awal, bersenam, mengawal pemakanan atau menyiapkan kerja memerlukan tenaga fizikal dan mental yang jauh lebih besar berbanding sekadar merancang.

Cara Elak Terperangkap Dengan ‘Midnight Motivation’

1. Jangan Buat Terlalu Banyak Azam Sekaligus

Jika malam ini anda rasa mahu mengubah seluruh hidup, berhenti seketika.

Pilih satu perkara sahaja. Contohnya:

JANGAN: Bersenam, diet, baca buku, simpan duit dan tidur awal serentak

SILA BUAT: Mulakan dengan berjalan kaki 15 minit sehari. Langkah kecil lebih mudah dikekalkan.

2. Tukarkan Idea Kepada Tindakan Konkret

Daripada menulis: “Aku nak lebih sihat.”

Tulis: “Esok pukul 7 pagi aku akan berjalan selama 15 minit di taman.”

Semakin spesifik rancangan anda, semakin tinggi peluang untuk melakukannya.

3. Tidur Dahulu, Buat Keputusan Esok

Satu petua yang sering dikongsikan pakar produktiviti ialah jangan terus membuat keputusan besar ketika sedang terlalu beremosi atau terlalu bersemangat.

Tulis dahulu idea tersebut dan tidur. Jika anda masih rasa perkara itu penting keesokan harinya, barulah mulakan.

4. Fokus Pada Sistem, Bukan Motivasi

Orang yang berjaya bukan sentiasa bersemangat. Mereka cuma mempunyai sistem yang memudahkan tindakan.

Sebagai contoh:

Letak kasut sukan di depan pintu
Sediakan pakaian kerja malam sebelumnya
Tetapkan waktu membaca yang tetap setiap hari

Apabila sistem wujud, anda tidak perlu bergantung kepada motivasi semata-mata. Mungkin anda tidak malas, cuma terlalu bergantung pada motivasi.

Baca juga: Suami Buat Jadual KPI Bulanan Untuk Isteri, Warganet Kecam Layan Pasangan Macam Orang Gaji!

Sumber: Psychology Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×