Euforia Bola 2026
Didik

Malaysia Boleh! 5 Universiti Tempatan Kini Dalam Kelompok 10 Terbaik Asia Tenggara

universiti terbaik Asia Tenggara

Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan dalam sektor pendidikan tinggi apabila lima universiti terbaik Asia Tenggara berdasarkan QS World University Rankings (QS WUR) 2027 datang dari negara ini.

Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi hantaran rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai bukti kemampuan institusi pengajian tinggi tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Baca juga: Prestasi Bahasa Tamil & Bahasa Arab STPM 2025 Melonjak Dengan Cemerlang!

RANKING UNIVERSITI TERBAIK ASIA TENGGARA 2027

universiti terbaik Asia Tenggara

Gambar hiasan: Gemini AI

Pencapaian itu turut mencerminkan usaha berterusan universiti-universiti di Malaysia dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.

5 UNIVERSITI MALAYSIA DALAM KELOMPOK TERBAIK ASIA TENGGARA

Berikut ialah lima universiti Malaysia yang berjaya berada dalam kelompok 10 universiti terbaik Asia Tenggara berdasarkan QS WUR 2027:

  • Universiti Malaya (UM) – #56 dunia
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – #128 dunia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – #130 dunia
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – #138 dunia
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – #158 dunia

Daripada senarai tersebut, UM muncul sebagai universiti Malaysia dengan kedudukan tertinggi apabila berada di tangga ketiga di Asia Tenggara.

Kemudian, empat lagi universiti tempatan seperti yang disenaraikan melengkapi kedudukan keempat hingga ketujuh di rantau ini.

Baca juga: Bukan Lagi SM Teknik, 9 Sekolah Ini Kini Rasmi Berstatus Sekolah Berasrama Penuh Teknikal

Singapura masih kuasai dua kedudukan teratas

Menurut infografik yang dikongsikan KPT, dua kedudukan tertinggi universiti terbaik Asia Tenggara masih didominasi oleh institusi dari Singapura.

National University of Singapore (NUS) menduduki ranking ke-10 dunia, sekali gus muncul sebagai universiti terbaik di Asia Tenggara. Di tempat kedua pula ialah Nanyang Technological University (NTU) yang berada di kedudukan ke-12 dunia.

Walaupun berdepan persaingan sengit daripada universiti serantau, Malaysia berjaya meletakkan lima wakil dalam kelompok 10 terbaik, satu pencapaian yang wajar diberi perhatian.

Baca juga: Jangan Tunggu Tahun 6! Dr Sheikh Dedah ‘Roadmap’ Ke MRSM & SBP, Kena Siapkan Anak Dari Tahun 4

universiti terbaik Asia Tenggara

Bukti Pendidikan Tinggi Malaysia terus berkembang

Kedudukan yang dicapai oleh universiti-universiti tempatan ini menunjukkan sistem pendidikan tinggi negara terus berada pada landasan positif dan semakin mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Ia juga memberi gambaran bahawa Malaysia kekal sebagai antara destinasi pendidikan utama di rantau Asia Tenggara, bukan sahaja untuk pelajar tempatan malah pelajar antarabangsa.

Tahniah kepada seluruh warga universiti yang terlibat atas pencapaian ini. Diharapkan kejayaan tersebut akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh reputasi pendidikan tinggi negara dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Sumber: Facebook Kementerian Pengajian Tinggi 

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×