Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi telah mencuri perhatian ramai apabila beliau membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus menimba ilmu, selepas mengumumkan dirinya kini menyambung pengajian peringkat sarjana (master) pada usia 73 tahun.
Lebih menyentuh hati, perkongsian dibuat oleh Fauziah Nawi itu turut dikaitkan dengan arwah bapanya yang menurut beliau pasti akan gembira dengan pencapaian tersebut.
Baca juga: Pelajar Tahfiz Juara Beregu Badminton MSSM, Siap Hafaz Al-Quran & Curi Perhatian Tan Boon Heong!
DATUK FAUZIAH NAWI KINI SAMBUNG MASTER DI USM

Gambar: Threads Fauziah Nawi
Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah Nawi memuat naik foto dirinya sambil memegang kad pelajar dan mendedahkan bahawa beliau kini menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia.
Menurutnya, keputusan menyambung pelajaran itu adalah sesuatu yang pasti menggembirakan arwah bapanya.
“Perkara yang pastinya menggembirakan arwah bapa, Tuan Haji Nawi Mukri,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Fauziah Nawi turut memaklumkan bahawa beliau mengambil bidang Arts Teater, selari dengan pengalaman luasnya dalam dunia seni lakonan tanah air.
Keputusan itu turut dipuji ramai yang melihat ia sebagai langkah inspirasi, terutama buat golongan lebih berusia yang mungkin masih ragu-ragu untuk kembali menyambung pelajaran.
Baca juga: Hebat! Mahasiswa Ini Cipta Aplikasi AI Bantu Kanak-Kanak Hafal Al-Quran, Menang Pertandingan Apple
Menariknya, Fauziah Nawi seakan memberi gambaran bahawa dirinya menyasarkan untuk menggenggam gelaran Doktor Falsafah (PhD) satu hari nanti.
“Ibu sambung PhD pula ke? Terbaik,” komen seorang warga maya.
Namun Fauziah Nawi dilihat memberi bayangan bahawa fokusnya kini adalah untuk menamatkan pengajian master terlebih dahulu.
“Selesaikan Master dulu,” balasnya ringkas.

Gambar: Aziah Azmee (NST)
Ramai jadikan Fauziah Nawi sebagai inspirasi
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang kagum dengan semangat Fauziah Nawi untuk terus belajar walaupun sudah berada pada usia emas.
Malah ada yang mengakui perkongsian tersebut menjadi pembakar semangat untuk mereka kembali menyambung pengajian yang sebelum ini tertangguh.
Hakikatnya, kisah Datuk Fauziah Nawi ini membuktikan bahawa belajar tidak mengenal usia. Sama ada untuk mengejar impian, menambah ilmu atau memenuhi hasrat yang mungkin tertangguh sekian lama.
Sumber: Threads @fauziahnawi
FT Image: Threads @fauziahnawi / Aziah Azmee (NST)
