Euforia Bola 2026
Famili

Sempena Hari Bapa…Ini 10 Bintang Bola Sepak Bergelar ‘Hot Daddy’, Ada Yang Makin Tua Makin Handsome!

hot daddy bola sepak

Dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa pemain yang bukan sahaja dikenali kerana pencapaian mereka di atas padang, malah turut menjadi perhatian kerana penampilan menarik dan tanggungjawab sebagai seorang ayah sehingga digelar hot daddy bola sepak oleh peminat.

Ada yang sudah bersara, ada juga yang masih aktif beraksi di peringkat tertinggi.

Baca juga: Top 10 ‘Cash Kings’ World Cup FIFA 2026: Ronaldo & Messi Kini Bergelar Bilionair, Siapa Lagi Tersenarai?

BUKAN SEKADAR HOT DADDY BOLA SEPAK, TETAPI AYAH YANG JADI INSPIRASI

Justeru itu, sempena sambutan Hari Bapa pada 21 Jun ini, berikut antara nama yang sering menjadi sebutan oleh peminat sukan yang mengagumi bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah di sebalik kesibukan sebagai atlet profesional.

1. Cristiano Ronaldo

daddy hot bola sepak

Gambar: modern.az

Pada usia 41 tahun, Cristiano Ronaldo masih menjadi antara atlet paling terkenal di dunia. Kapten Portugal ini mempunyai lima orang anak termasuk Cristiano Ronaldo Jr., pasangan kembar Eva dan Mateo, Alana Martina serta Bella Esmeralda.

Ronaldo turut pernah melalui detik pilu apabila seorang lagi bayi kembar lelaki yang dikandung pasangannya, Georgina Rodriguez, meninggal dunia ketika dilahirkan pada tahun 2022.

2. David Beckham

david beckham daddy hot bola sepak

Gambar: Gambar: footballicons_360

Legenda England ini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan Victoria Beckham iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven.

Walaupun sudah bersara, Beckham masih dianggap antara figura ayah paling bergaya dan sering berkongsi aktiviti keluarga di media sosial.

3. Lionel Messi

daddy hot bola sepak

Gambar: goal.com

Pemenang Piala Dunia 2022 ini mempunyai tiga orang anak iaitu Thiago, Mateo dan Ciro bersama isterinya, Antonela Roccuzzo. Messi sering dilihat meluangkan masa bersama keluarga walaupun jadual bola sepaknya sangat padat.

4. Olivier Giroud

hot daddy

Gambar: SkySports

Bekas penyerang Perancis ini mempunyai empat orang anak bersama isterinya Jennifer Giroud.

Selain dikenali sebagai antara pemain paling kacak dalam dunia bola sepak, Giroud juga sering menonjolkan sisi keluarga yang sederhana dan jauh daripada kontroversi.

5. Cesc Fabregas

Bekas pemain Arsenal, Barcelona dan Chelsea ini mempunyai tiga orang anak bersama isterinya, Daniella Semaan. Selain itu, Fabregas juga berperanan sebagai bapa kepada dua orang anak tiri daripada perkahwinan terdahulu isterinya.

6. Sergio Ramos

Bekas kapten Sepanyol dan Real Madrid ini mempunyai empat orang anak bersama isterinya, Pilar Rubio. Ramos sering memuat naik gambar bersama keluarga dan dikenali sebagai seorang bapa yang sangat rapat dengan anak-anaknya.

7. Robert Lewandowski

Robert Lewandowski hot daddy

Gambar: Getty Images

Penyerang Poland ini mempunyai dua orang anak, Klara dan Laura, hasil perkahwinannya dengan Anna Lewandowska. Pasangan ini sering menjadi contoh keluarga atlet yang berjaya menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi.

8. Alisson Becker

Penjaga gol Brazil dan Liverpool ini mempunyai tiga orang anak bersama isterinya, Natalia Loewe. Alisson sering berkongsi nilai kekeluargaan dan keagamaannya yang menjadi inspirasi kepada ramai peminat.

9. Luka Modric

Luka Modric hot daddy

Gambar: CFP

Legenda Croatia ini mempunyai tiga orang anak iaitu Ivano, Ema dan Sofia bersama isterinya, Vanja Bosnic.

Walaupun sudah berusia 40 tahun, Modric masih mengekalkan tahap kecergasan yang mengagumkan dan sering dilihat meluangkan masa bersama keluarga.

10. Gerard Pique

Bekas pertahanan Barcelona ini mempunyai dua orang anak iaitu Milan dan Sasha, hasil hubungannya dengan penyanyi terkenal Shakira.

Walaupun hubungan mereka berakhir, kedua-duanya masih berkongsi tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak tersebut.

Sumber: FIFA

FT Image: VCG/VCG via Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×