Euforia Bola 2026
Famili

Putera George Bakal Ikut Jejak Ayahnya, Apa Istimewanya Kolej Eton Hingga Jadi Pilihan Anak Raja & Golongan Elit Dunia?

kolej eton

Apabila berita mengenai kemasukan Putera George ke Kolej Eton mula tersebar, ramai mula tertanya-tanya apakah keistimewaan sekolah berprestij ini sehingga menjadi pilihan keluarga diraja Britain sejak turun-temurun.

Walaupun mengenakan yuran tahunan yang mencecah kira-kira RM380,000, Kolej Eton terus menjadi antara institusi pendidikan paling berpengaruh dan dihormati di dunia.

Baca juga: Top 10 ‘Cash Kings’ World Cup FIFA 2026: Ronaldo & Messi Kini Bergelar Bilionair, Siapa Lagi Tersenarai?

PUTERA GEORGE IKUT JEJAK PUTERA WILLIAM, BAKAL SAMBUNG PENGAJIAN DI KOLEJ ETON

kolej eton

Gambar Neil Mockford/Getty Images: Putera George

Kolej Eton kembali menjadi perhatian selepas laporan bahawa Putera George, anak sulung kepada Putera William dan pewaris kedua takhta Britain, bakal menyambung pengajian di sekolah tersebut bermula September depan.

Sebelum ini, Putera William dan adiknya Putera Harry juga merupakan bekas pelajar Eton, menjadikan keputusan tersebut seolah-olah meneruskan tradisi keluarga diraja Britain.

Ditubuhkan pada tahun 1440 oleh Raja Henry VI, Kolej Eton merupakan salah satu sekolah paling tua dan eksklusif di Britain.

Selama hampir enam abad, institusi ini telah melahirkan ramai pemimpin, tokoh masyarakat dan kerabat diraja yang memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa.

1. Melahirkan 20 Perdana Menteri Britain

Salah satu faktor utama yang menjadikan Kolej Eton begitu dihormati ialah rekod cemerlang alumninya.

Sepanjang sejarah penubuhannya, sekolah ini telah melahirkan 20 perdana menteri Britain termasuk David Cameron dan Boris Johnson. Selain itu, ramai tokoh terkenal dunia turut pernah menuntut di sini seperti pelakon Eddie Redmayne, Tom Hiddleston dan Hugh Laurie.

Tidak hairanlah moto rasmi sekolah ini, “Floreat Etona” yang membawa maksud “Semoga Eton Makmur”, terus menjadi simbol kepada legasi pendidikan yang luar biasa.

2. Kecemerlangan akademik bertaraf dunia

Walaupun terkenal sebagai sekolah elit, reputasi Kolej Eton bukan sekadar bergantung kepada nama besar alumninya.

Institusi ini secara konsisten menghantar pelajar ke universiti terbaik dunia seperti Oxford dan Cambridge. Pada tahun lalu, hampir semua pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCSE, manakala lebih tiga perempat pelajar A-Level berjaya meraih gred A dan A*.

kolej eton

Gambar Eton College (kiri), Getty Images (kanan): Para pelajar lelaki di Kolej Eton.

3. Tawar 28 subjek dan 9 bahasa

Kolej Eton menyediakan kurikulum yang sangat luas dengan sehingga 28 mata pelajaran dan 9 bahasa untuk dipilih.

Selain bahasa moden, pelajar turut berpeluang mempelajari bahasa klasik kuno seperti Latin dan Greek Purba yang jarang ditawarkan di sekolah lain. Pendekatan ini membantu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan luas serta kemahiran berfikir secara kritikal.

4. Kemudahan bertaraf premium

Sekolah yang menempatkan kira-kira 1,345 pelajar lelaki berusia antara 12 hingga 19 tahun ini turut mempunyai kemudahan yang mengagumkan.

Dengan keluasan padang permainan mencecah 350 ekar, pelajar boleh memilih daripada 25 jenis sukan berbeza. Antaranya termasuk sukan unik “Eton Fives” yang dicipta khas di sekolah tersebut pada penghujung abad ke-19.

Selain sukan, Eton juga memberi perhatian besar kepada bidang seni dengan menyediakan puluhan ensembel muzik, koir dan pementasan drama setiap tahun.

Baca juga: Bukan Lagi SM Teknik, 9 Sekolah Ini Kini Rasmi Berstatus Sekolah Berasrama Penuh Teknikal

putera william

Gambar Tim Graham//Getty Images (kiri): Putera William sempat tersenyum ke arah kamera ketika hadir pada hari pertama persekolahannya di Kolej Eton. Gambar Ken Goff//Getty Images (kanan): Pada tahun akhir persekolahannya, Putera William merupakan salah seorang daripada 21 pengawas yang dipilih di Kolej Eton.

5. Bukan sekadar sekolah, tetapi sebuah legasi

Apa yang membezakan Kolej Eton dengan sekolah lain bukan hanya yuran yang mahal atau kemudahan yang mewah. Sebaliknya, ia adalah gabungan sejarah, tradisi, jaringan alumni berpengaruh serta kecemerlangan akademik yang dibina sejak ratusan tahun lalu.

Sebab itulah, walaupun dunia pendidikan terus berubah, Kolej Eton masih kekal sebagai pilihan utama keluarga diraja dan golongan elit dari seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Setakat ini, status sama ada Putera George akan tinggal di asrama Koleh Eton masih menjadi tanda tanya memandangkan lokasinya yang berhampiran dengan Windsor Great Park, tempat beliau tinggal bersama keluarganya.

Kehidupan di sini memerlukan setiap pelajar ditempatkan dalam salah satu daripada 25 “asrama” yang menempatkan kira-kira 55 pelajar setiap satu di mana Putera William dan Putera Harry dahulu pernah tinggal di Manor House yang juga pernah kediaman Duke of Wellington Pertama.

Sumber: Harian Metro

FT Image: Mark Kerrison/In Pictures via Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×