Euforia Bola 2026
Rakyat

“Bantu Rakyat Jangan Bermusim, Murah Hati Jangan Sampai Tuan Rumah Hilang Hak Di Rumah Sendiri”- Sultan Pahang

bantuan kepada rakyat

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa bantuan kepada rakyat tidak seharusnya bersifat bermusim, sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan, berhemah dan berlandaskan keikhlasan tanpa mengira keadaan atau situasi politik semasa.

Baca juga: Suami Buat Jadual KPI Bulanan Untuk Isteri, Warganet Kecam Layan Pasangan Macam Orang Gaji!

BANTUAN KEPADA RAKYAT BUKAN BERSIFAT BERMUSIM

BANTUAN KEPADA RAKYAT

Baginda bertitah bahawa rakyat tidak mengharapkan pemimpin yang hanya petah berbicara, sebaliknya mereka mendambakan pemimpin yang menjadikan kata-kata sebagai pegangan dan janji sebagai kenyataan.

“Hijrah bukan sekadar langkah kaki meninggalkan bumi kelahiran, tetapi hijrah hati daripada kepentingan diri kepada amanah yang dipikul,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap budaya menabur janji yang hanya muncul pada waktu tertentu, khususnya ketika musim pilihan raya, namun semakin pudar selepas mandat diperoleh.

Menurut baginda, bantuan kepada rakyat tidak seharusnya bersifat bermusim seperti hujan lebat yang hanya turun pada waktu tertentu, sebaliknya perlu mengalir berterusan seperti sungai yang tidak pernah berhenti menuju muara.

Pendekatan bantuan yang konsisten, tegas baginda, penting bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara dan keyakinan terhadap kepimpinan dapat terus diperkukuh.

BANTUAN KEPADA RAKYAT

Dalam titah yang sama, baginda menegaskan bahawa rakyat mungkin boleh memaafkan kesilapan, namun sukar melupakan kepura-puraan dan janji yang tidak ditepati.

Baginda turut menekankan kepentingan memelihara kedaulatan negara dalam mengurus isu-isu semasa, termasuk aspek kemanusiaan dan kebajikan, agar tidak melangkaui batas undang-undang serta kepentingan negara.

Walaupun Islam mengajar umatnya untuk berbuat ihsan terhadap mereka yang ditimpa musibah, baginda mengingatkan bahawa belas ihsan tidak boleh mengabaikan kedaulatan negara atau membuka ruang kepada tuntutan yang tidak wajar.

Sementara itu, dalam titah sama Paduka Baginda turut menekankan kepentingan memelihara kedaulatan negara dalam mengurus isu-isu semasa, termasuk dalam soal kemanusiaan dan kebajikan, agar tidak melangkaui batas undang-undang serta kepentingan negara.

“Islam mengajar kita untuk berbuat ihsan terhadap mereka yang ditimpa musibah, kehilangan tanah air serta menjadi mangsa peperangan dan penindasan. Namun, rahmah yang dianjurkan agama tidak pernah bererti kita mengabaikan kedaulatan negara atau membiarkan belas ihsan melangkaui batas yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Kebelakangan ini, rakyat semakin gusar apabila melihat golongan tertentu yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan, kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

“Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah sendiri,” tegas Paduka Baginda.

Baca juga: Badan Terlebih Gula Akan Tunjuk 6 Tanda Ini, Nombor 4 Ramai Tak Sedar & Salahkan Hormon!

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×