Keputusan STPM 2025 akhirnya diumumkan hari ini, sekali gus menamatkan debaran ribuan calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa, calon boleh mula menyemak keputusan masing-masing pada hari ini (18 Jun) menerusi dua kaedah iaitu perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan semakan secara dalam talian.
Baca juga: 5 Tips Isi UPU Untuk Elak Jadi Graduan ‘Tersadai’ Habis Konvo, Lepasan STPM Baca Ini!
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2025
Pengumuman ini pastinya menjadi detik yang paling dinantikan oleh para pelajar selepas berbulan-bulan menunggu keputusan yang bakal menentukan hala tuju mereka dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Cara semak keputusan STPM 2025 melalui SMS
Bagi calon yang ingin membuat semakan pantas, MPM menyediakan perkhidmatan SMS bermula jam 11 pagi pada 18 Jun.
Calon hanya perlu menaip:
- STPM (jarak) nombor MyKad (jarak) angka giliran
- Kemudian hantar ke 15888.
Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui keputusan dengan segera tanpa perlu mengakses internet.
Baca juga: Bukan Sikit Tapi Hampir 39,000 Pekerja Hilang Kerja 5 Bulan Pertama 2026, Majoriti Umur 25–39 Tahun!
Semakan online bermula 11.30 Pagi
Selain SMS, calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian menerusi portal rasmi MPM bermula jam 11.30 pagi pada hari yang sama.
Untuk membuat semakan, calon boleh melayari laman web: stpm.mpm.edu.my/stpmK . Melalui portal tersebut, calon boleh melihat keputusan penuh peperiksaan yang diperoleh.

Gambar: Facebook Majlis Peperiksaan Malaysia
Tahniah kepada semua calon STPM 2025! Semoga keputusan yang diterima hari ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Baca juga: Jangan Tunggu Tahun 6! Dr Sheikh Dedah ‘Roadmap’ Ke MRSM & SBP, Kena Siapkan Anak Dari Tahun 4
Sumber: Facebook Majlis Peperiksaan Malaysia
FT Image: Wikipedia / BERNAMA

