Euforia Bola 2026
Famili

28 Tahun Kemudian, Jururawat Sebak Lihat Doktor Muda Di Hospital Sama Ini Rupanya Bayi Pramatang Yang Pernah Dijaganya

jururawat hospital

Seorang jururawat hospital tidak menyangka doktor muda yang menjadi rakan sekerjanya rupa-rupanya bayi pramatang yang pernah dijaganya hampir tiga dekad lalu.

Lebih mengharukan, pertemuan semula itu berlaku di hospital yang sama tempat bayi tersebut menerima rawatan selepas dilahirkan pramatang sekitar 28 tahun lalu.

Baca juga: Tular Keluarga Anak Cerebral Palsy Disuruh Turun Pesawat, AirAsia Mohon Maaf & Perkenal SOP Baharu

PERTEMUAN SEMULA JURURAWAT HOSPITAL DENGAN BAYI PRAMATANG DIJAGANYA 28 TAHUN LALU

jururawat hospital

Gambar Dr Brandon Seminatore yang masih bayi di pangkuan jururawat Vilma Wong, 28 tahun lalu.

Pernah jaga bayi pramatang seberat 1 kilogram

Menurut laporan media, jururawat bernama Vilma Wong bertemu semula dengan Dr Brandon Seminatore yang kini merupakan doktor pelatih dalam bidang neurologi kanak-kanak di sebuah hospital kanak-kanak di California, Amerika Syarikat.

Ketika dilahirkan, Brandon hanya seberat kira-kira 1 kilogram dan terpaksa menerima rawatan lebih 40 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dengan bantuan tiub pernafasan. Sepanjang tempoh kritikal itu, Vilma merupakan antara jururawat utama yang bertanggungjawab menjaganya.

Momen menyentuh hati tersebut turut dikongsikan pihak hospital menerusi Facebook bersama dua keping gambar.

Di mana, satu gambar lama menunjukkan Vilma mendukung Brandon ketika masih bayi, manakala satu lagi memperlihatkan mereka bergambar bersama sebagai rakan sekerja selepas hampir tiga dekad berlalu.

“Satu pertemuan tidak dijangka di hospital kami membawa kepada pertemuan semula yang menyentuh hati antara jururawat dan pesakit.

“Brandon, salah seorang doktor pelatih pediatrik kami, dilahirkan 28 tahun lalu di NICU ketika usianya baru 29 minggu. Vilma ialah jururawat utama yang menjaganya ketika itu,” tulis hantaran tersebut.

Baca juga: ‘No Cable!’ – Ramai Tag Dr Asyraf Wajdi Tonton ‘Teach You A Lesson’, Rupanya Cara MRSM Tangani Buli Memang Sama

Jururawat cam nama keluarga doktor muda itu

Menurut Vilma, pertemuan tersebut berlaku ketika semua doktor pelatih perlu mendaftar di kaunter jururawat sebelum memeriksa bayi pramatang di NICU.

Dia mula berasa sesuatu yang pelik apabila mendengar nama keluarga Brandon yang kedengaran sangat familiar.

“Nama keluarganya kedengaran sangat familiar bagi saya.

“Saya terus bertanya dari mana asalnya dan dia memberitahu bahawa dia berasal dari San Jose, California, dan sebenarnya dia ialah bayi pramatang yang dilahirkan di hospital kami.

“Ketika itu saya mula rasa curiga kerana saya teringat pernah menjadi jururawat utama kepada seorang bayi dengan nama keluarga yang sama,” ujar Vilma.

Walaupun Brandon kini sudah dewasa dengan ketinggian sekitar 1.72 meter dan berat 61 kilogram, Vilma berkata doktor muda itu masih mempunyai riak wajah serta pandangan mata yang sama seperti bayi kecil yang pernah dijaganya dahulu.

Baca juga: “Bila Nampak Polis Kami Kena Kejar…”– Anak Autisme Menangis Tak Dapat Salam, Tak Sangka PDRM Datang Rumah Buat Kejutan!

jururawat hospital

Gambar Wilma dan Brandon selepas 28 tahun kemudian.

Doktor muda sifatkan pengalaman itu sukar dipercayai

Bagi Brandon pula, pertemuan semula dengan jururawat yang pernah menjaganya itu merupakan pengalaman yang sangat sukar digambarkan.

Ia satu pengalaman yang sukar dipercayai,” ujar Brandon.

Tambahnya, Vilma merupakan seorang jururawat yang sangat mengambil berat terhadap pesakit sehingga masih mampu mengingati nama pesakitnya walaupun selepas hampir 30 tahun berlalu.

“Dia sangat mengambil berat tentang pesakitnya, sehingga mampu mengingati nama seorang pesakit hampir tiga dekad kemudian,” ujarnya lagi.

Bagi Vilma pula, pertemuan semula tersebut umpama ganjaran terbesar sepanjang kariernya sebagai jururawat, “Sebagai seorang jururawat, inilah seolah-olah ganjaran buat diri kita.”

Sumber: The Straits Times / Facebook Stanford Medicine Children’s Health

FT Image: Stanford Medicine Children’s Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×