Euforia Bola 2026
Asuh

“Sampai Mati Aku Tak Maafkan!” Wanita Terkilan, Tanpa Izin Mak Saudara Sapu Krim Gamat Pada Mata Bayinya Sampai Bengkak

krim gamat

Penggunaan krim gamat sememangnya sinonim dalam kalangan masyarakat untuk pelbagai tujuan, namun apabila melibatkan bayi kecil terutama pada bahagian sensitif seperti mata, ramai berpandangan ia bukan sesuatu yang boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Baca juga: Jangan Tunggu Tahun 6! Dr Sheikh Dedah ‘Roadmap’ Ke MRSM & SBP, Kena Siapkan Anak Dari Tahun 4

IBU KESAL IBU SAUDARA PANDAI-PANDAI SAPU KRIM GAMAT DEKAT MATA BAYINYA 2 BULAN

krim gamat

Gambar hiasan: Gemini AI

Baru-baru ini, satu perkongsian seorang ibu di Threads mengundang perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa terkilan selepas mata bayi lelakinya yang baru berusia dua bulan didakwa mengalami kemerahan dan mula membengkak.

Ia berikutan, selepas disapu krim gamat oleh ibu saudaranya tanpa pengetahuan.

Mata bayi didakwa merah dan mula bengkak

Menurut wanita itu, anaknya sebelum itu hanya mengalami masalah mata bertahi pada sebelah mata dan keadaan tersebut tidak terlalu serius.

“Mata anak aku memang bertahi tapi sebelah mata je dan tak teruk pun. Aku lap, tapi tak setiap masa sebab takut melecet mata dia,” tulisnya.

Difahamkan kejadian berlaku ketika dia pulang ke kampung menghadiri kenduri keluarga. Ketika sedang menyusukan bayi, ibu saudaranya masuk ke bilik dan bertanya mengenai keadaan mata anaknya.

Namun keadaan menjadi tidak dijangka apabila wanita itu keluar seketika dari bilik dan meminta adiknya menjaga bayi tersebut.

“Selepas itu, aku masuk bilik adik aku cakap mak cik sapu krim gamat dekat mata anak aku.

“Aku terkejut tau. Cepat-cepat aku lap mata anak aku tu. Petang tu juga mata anak aku dah start merah-merah dan mula nak bengkak,” dakwanya lagi.

Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa tegurannya terhadap ibu saudara tersebut tidak menerima reaksi yang diharapkan.

“Aku sound dia. Dia buat muka tahi dia adalah. Bukannya rasa serba salah pun.

“Sumpah sampai mati aku takkan maafkan makcik yang pergi sapu krim gamat dekat mata anak aku. Anak aku baru dua bulan tau” luahnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ramai berpendapat sebarang ubat, krim atau bahan tradisional tidak sepatutnya digunakan pada bayi tanpa mendapatkan keizinan ibu bapa terlebih dahulu.

Baca juga: Mama Papa Jangan Sembur Sembarangan, Ini Cara Betul Guna Nasal Spray Pada Bayi & Anak Kecil

krim gamat

Gambar hiasan: Gemini AI

Doktor pesan jangan sewenang-wenang guna ubat pada bayi

Dalam pada itu, perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad turut menjadi perhatian apabila beliau menjelaskan bahawa bayi berumur bawah satu tahun berisiko terkena penyakit mata, terutama jika terdedah kepada individu yang mengalami jangkitan.

Menurutnya, masalah seperti konjunktivitis atau mata merah boleh berlaku akibat jangkitan virus atau bakteria dan ia mudah berjangkit.

Antara langkah yang disarankan termasuk memastikan kebersihan tangan sebelum menyentuh bayi, mengelakkan sentuhan pada bahagian mata tanpa mencuci tangan serta menjaga kebersihan persekitaran termasuk barangan bayi.

Selain itu, ibu bapa juga disaran tidak berkongsi tuala, bantal atau barangan peribadi dengan individu yang mengalami jangkitan mata.

Jika bayi menunjukkan simptom seperti mata merah, gatal atau berair, ibu bapa disarankan segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenal pasti punca sebenar dan rawatan yang sesuai.

Menurut Dr Zubaidi, doktor lazimnya akan memberikan rawatan berdasarkan punca jangkitan termasuk krim antibiotik mata seperti tetracycline hydrochloride atau erythromycin, selain ubat titis antibiotik tertentu.

“Pastikan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan preskripsi ubat yang sesuai untuk bayi. Jangan gunakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor,” pesannya.

Baca juga: Ibu Kongsi 2 Cara Mujarab & Paling Lembut Atasi Masalah Sembelit Anak, Urut Tangan Macam INI Saja…

Sumber: Threads @fwmrz / Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×