Euforia Bola 2026
Nur

Sesat Dalam Hutan Tetap TAK BOLEH Makan Babi, Bukan Semudah Itu & Ada Benda Lain – UAI

MAKAN BABI

Perkongsian mengenai hukum makan babi ketika berada dalam keadaan darurat seperti tersesat di hutan kembali menjadi perhatian ramai.

Ramai yang menyangka ia dibolehkan secara automatik, sedangkan Islam menetapkan beberapa syarat penting sebelum sesuatu yang haram itu diharuskan

Baca juga: Tular Konten Suami Isteri Rakam Babak Ke Bilik Mandi Cetus Perdebatan, Di Mana Batas Privasi & Malu?

UAI JELAS TAK BOLEH MAKAN BABI WALAU SESAT DALAM HUTAN

MAKAN BABI

Kredit: Magnific

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa individu yang sesat di dalam hutan tidak boleh sewenang-wenangnya terus memilih daging babi sebagai makanan dengan alasan berada dalam keadaan terdesak.

Menurut beliau, para ulama terdahulu telah menghuraikan bahawa sumber makanan halal yang tersedia di kawasan hutan perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pilihan lain.

Katanya, hutan lazimnya mempunyai pelbagai sumber semula jadi yang boleh membantu seseorang meneruskan kelangsungan hidup, termasuk tumbuh-tumbuhan liar yang boleh dimakan.

“Bukan bermaksud apabila sesat dalam hutan, kemudian ternampak babi terus boleh makan atas alasan darurat. Ada tertib dan syarat yang perlu difahami,” jelasnya dalam sebuah perkongsian kuliah yang tular di media sosial.

Beliau turut membezakan keadaan sesat di hutan dengan situasi berada di kawasan tandus seperti padang pasir atau kawasan lapang yang benar-benar tiada sumber makanan alternatif.

“Masa dalam hutan masih ada banyak tumbuhan liar yang boleh dimakan. Sebab itu tidak boleh terus ambil babi sebagai makanan.

“Jika benar-benar tiada pilihan lain, contohnya hanya ada tikus dan babi, maka tikus didahulukan kerana najis mutawasitaf babi sememangnya diharamkan,” tambahnya.

Makanan digalakkan makan

MAKAN BABI

Dalam keadaan berada di dalam hutan, seseorang digalakkan mencari sumber makanan semula jadi terlebih dahulu seperti buah-buahan liar yang dikenali selamat dimakan, pucuk atau daun tertentu, rebung, umbisi, cendawan yang diketahui tidak beracun, serta tumbuhan hutan yang biasa dijadikan makanan oleh masyarakat setempat.

Selain itu, jika melibatkan sumber protein haiwan dalam situasi darurat, keutamaan juga perlu diberikan kepada haiwan yang halal dimakan mengikut hukum syarak.

Antara haiwan yang boleh dimakan sekiranya berada dalam keadaan terdesak dan mampu diperoleh termasuk ikan air tawar, rusa, pelanduk, kijang, ayam hutan, burung tertentu yang halal dimakan serta haiwan buruan lain yang diharuskan syarak.

Menurut penjelasan beliau, sekiranya keadaan menjadi sangat mendesak sehingga tiada lagi pilihan makanan halal yang mudah diperoleh, pertimbangan hukum darurat perlu dilihat berdasarkan situasi sebenar.

Beliau turut memberi contoh bahawa jika hanya terdapat pilihan haiwan tertentu yang haram dimakan, penilaian hukum perlu dibuat mengikut kadar darurat serta perbahasan ulama, bukannya terus mengambil pilihan yang paling jelas pengharamannya tanpa penelitian.

Tambahnya lagi, kefahaman mengenai konsep darurat dalam Islam penting supaya masyarakat tidak tersalah anggap bahawa sesuatu yang diharamkan boleh dilakukan secara mudah hanya dengan menggunakan alasan kecemasan.

Dalam Islam, prinsip darurat memang diiktiraf, namun ia tetap terikat dengan syarat, keperluan sebenar dan usaha mencari pilihan yang lebih ringan serta dibenarkan terlebih dahulu.

Baca juga: “Nampak Lurah Punggung Masa Sujud…” Lelaki Ini Dah Tegur Imam Muda Dengan Baik, Tapi Ini Pula Reaksinya..

Sumber: Kosmo & YouTube

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×