Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Doa Di Hari Arafah Memang Real Mustajab”- Wanita Kongsi Hamil 3 Bulan Lepas Minta Zuriat & Terus Sujud Syukur

hari arafah

Menjelang Hari Arafah, ramai umat Islam mengambil peluang untuk berpuasa sunat dan memperbanyakkan doa kerana hari tersebut dipercayai antara waktu paling mustajab untuk memohon apa sahaja hajat kepada Allah SWT.

Begitulah juga kisah dikongsikan seorang wanita di Threads yang mengimbas semula pengalaman dirinya tahun lalu selepas doa yang dipanjatkan pada Hari Arafah dimakbulkan hanya beberapa bulan kemudian.

Baca juga: Mata Merah Teruk Macam ‘Sasuke’ Selepas Bersalin, Ibu Ini Cerita Kesilapannya Semasa Meneran!

WANITA BERDOA MINTA ZURIAT DI HARI ARAFAH, JADI KENYATAAN LEPAS 3 BULAN

hari arafah

Gambar hiasan: Gemini AI

Menerusi perkongsian oleh pengguna Threads dikenali sebagai @eykinhenna, wanita tersebut berkata dia sebelum itu sering mendengar orang ramai berkongsi mengenai keistimewaan Hari Arafah sebagai waktu mustajab untuk berdoa.

Disebabkan itu, dia mengambil peluang berpuasa sunat sambil menitipkan doa khusus agar dikurniakan zuriat.

“I ingat lagi masa Hari Arafah tahun lepas, I pernah dengar orang kata doa di Hari Arafah ini memang mustajab. Jadi, masa hari Arafah I pun berdoalah minta zuriat disertakan dengan puasa Hari Arafah.

“Guess what? Selang 3 bulan I terus hamil. Hebatnya kuasa Allah. I cuma nak bagitahu yang doa di Hari Arafah mustajab IS REAL GUYS! I terus buat sujud syukur masa dapat tahu I hamil,” kongsinya.

Perkongsiannya itu mengundang perhatian ramai terutama dalam kalangan wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Baca juga: Jangan Ambil Jalan Singkat, JPN Kongsi Prosedur Sah Jika Hamil Luar Nikah & Kalau Tak Mampu Nak Jaga

Ramai turut kongsi pengalaman sendiri

Meninjau ruangan komen, ramai warga maya mengakui pernah mengalami pengalaman hampir sama selepas bersungguh-sungguh berdoa pada Hari Arafah.

Ada yang berkongsi dirinya disahkan hamil selepas enam tahun jarak dengan anak pertama hanya sebulan selepas berdoa pada Hari Arafah tahun lalu.

“Masya Allah Allahuakbar Allah Maha Besar! Saya pun sama doa di Hari Arafah tahun lepas, sebulan selepas itu double line setelah enam tahun jarak dengan anak pertama,” kongsi seorang warga maya.

Selain itu, ada juga yang mengakui masih tidak putus berharap dan menjadikan Hari Arafah tahun ini sebagai peluang untuk terus meminta zuriat daripada Allah SWT.

“Hari ini saya puasa dan tak putus-putus minta doa diberikan zuriat. Dah alang-alang ini minta kembar sepasang terus lah orang kata Hari Arafah ini doa pun kena tamak hehehe,” tulis seorang lagi warga maya.

“Alhamdulillahh tahniah kak. Banyakkan doa Hari Arafah ini minta yang kita rasa susah dapat, lagi-lagi tengah puasa sekali. Insha Allah, Allah tak tidur. DIA Maha Tahu,” demikian antara komen warga maya.

hari arafah

Gambar hiasan: Gemini AI

Tidak kurang juga yang berkongsi kisah penuh emosi apabila pernah hamil selepas berdoa pada Hari Arafah, namun diuji dengan kehilangan kandungan beberapa bulan kemudian.

Walaupun begitu, wanita itu berkata dia mahu kembali berdoa bersungguh-sungguh pada Hari Arafah kali ini dengan harapan diberikan rezeki sekali lagi.

“Alhamdulillah tahniah sis. Berkaca mata saya baca post awak ini. Doakan saya juga sis, saya wanita TTC 8 tahun,” komen pula warga maya yang lain.

Baca juga: “Masuk Bilik Air Tengok Dah Terbaring!”- Lelaki Terkejut Dapat Anak ‘Ajaib’, Isteri Tak Sedar Hamil Hinggalah Masa Bersalin!

Hari Arafah antara waktu terbaik untuk berdoa

Dalam Islam, Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah dianggap antara hari terbaik untuk memperbanyakkan doa, zikir dan amalan ibadah.

Ramai mengambil peluang pada hari tersebut untuk memohon perkara yang sudah lama diimpikan. Sama ada zuriat, kesihatan, pekerjaan, rezeki atau penyelesaian masalah hidup.

Namun, seperti yang sering diingatkan ramai, setiap doa mempunyai waktu terbaik menurut aturan Allah SWT. Di mana, ada doa yang dimakbulkan cepat, ada juga yang memerlukan lebih banyak sabar dan usaha.

Sumber: Threads @eykinhenna

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×