Euforia Bola 2026
Famili

“You Are A True Fighter”- 30 Minit Lepas Nyanyian Merdu Sentuh Hati, Anak Amyza Aznan ‘Disambar’ Syarikat Rakaman

anak amyza

Bukan semua orang mampu tersenyum ketika sedang diuji, apatah lagi berdiri mengejar impian saat tubuh sendiri sedang berjuang melawan penyakit. Namun anak Amyza Aznan, Adrian Adam membuktikan bahawa semangat yang kuat kadang-kadang lebih besar daripada segala kesakitan yang ditanggung.

Walaupun sedang menjalani perjuangan melawan kanser tulang, remaja berusia 18 tahun itu berjaya mencuri perhatian ramai selepas tampil menyanyi di pentas Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2) sehingga menerima tepukan gemuruh penonton.

Baca juga: Off Duty Tapi ‘Tak Off’ Tanggungjawab, Jururawat Pantas Selamatkan Wanita Tercekik Dipuji

NYANYIAN MERDU ANAK AMYZA AZNAN BUAT RAMAI SEBAK

anak amyza

Tangkap layar dari video di Instagram @fariqkhaled1

Lebih menyentuh hati, Adrian atau mesra disapa Ian hadir dalam keadaan berkerusi roda namun tetap tampil penuh penghayatan membawakan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid.

Pada awal tahun ini, Ian disahkan menghidap kanser tulang. Dalam masa sama, keluarganya turut diuji dengan pemergian abang sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar akibat kanser paru-paru tahap tiga pada Februari lalu.

Persembahan penuh jiwa buat ramai sebak

Difahamkan, Ian sepatutnya menjadi salah seorang peserta TTMM2, namun terpaksa menarik diri disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Namun siapa sangka, kemunculan istimewa di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu akhirnya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sehingga menerima tepukan gemuruh dan standing ovation termasuk daripada barisan juri.

Malah, Amyza sendiri dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan persembahan anaknya sebelum ditenangkan oleh rakan-rakan pengurus lain termasuk Datuk A Aida dan Linda Jasmin.

Di media sosial, ramai warga maya memuji kemerduan suara Ian selain menganggap remaja itu seorang pejuang yang cukup kuat. Antaranya:

“Menang tanpa bertanding. Masya-ALLAH sedap suaranya.”

“Wajah yang tenang dengan suara merdu. Semoga ALLAH angkat darjat Adrian dan lepaskan semua kesakitannya.”

“You are a true fighter Ian.”

Malah ada juga yang menyifatkan kemunculan Ian sebagai bakat besar yang mempunyai masa depan cerah.

“Sedap suaranya, walaupun dalam keadaan duduk dan tarik nafas begitu. You win adik, you already won.”

anak amyza

Tangkap layar dari video di Instagram Insta Story Ian.

Baca juga: “Terharu Ayah Duduk Sebelah Sebagai Graduan”- Daftar PhD Bersama, Bapa & Anak Akhirnya Kongsi Pentas Konvo UiTM!

Rezeki datang hanya 30 minit selepas persembahan

Di sebalik rasa sebak yang menyelubungi persembahan itu, ada satu berita menggembirakan buat Ian dan keluarga.

Menurut Amyza, kira-kira 30 minit selepas persembahan berlangsung, seorang komposer yang juga pemilik syarikat rakaman telah menghubunginya menerusi WhatsApp bagi menawarkan peluang menghasilkan lagu buat Adrian.

Amyza mengakui perkara tersebut seperti satu rezeki yang langsung tidak dijangka.

“Sebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.

“Tetapi saya tidak sangka Allah gerakkan hati individu tersebut. Ini rezeki yang langsung tak dijangka,” ujarnya kepada media.

Bagi Ian pula, peluang tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang cukup bermakna dan boleh menjadi pemangkin semangat untuk terus kuat melawan penyakitnya.

“Rasa terkejut, tak sangka dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persediaan bagi lagu ini.

“Mungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental,” katanya.

Dalam masa sama, Adrian di Insta Story turut berterima kasih kepada guru vokalnya, Shafizawati Sharif atas tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan seninya.

Mari kita sama mendoakan perkara-perkara yang baik untuk Adrian Adam.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh FK (@fariqkhaled1)

Sumber: Instagram (1) (2) / Harian Metro / Kosmo

FT Image: Instagram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×