Euforia Bola 2026
Asuh

“Kami Lalai Sekejap…”- Bayi 5 Bulan Melecur Hampir Seluruh Badan Lepas Tarik Wayar Periuk Nasi

melecur air panas

Seorang bapa tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila bayi lelakinya yang baru berusia lima bulan melecur air panas hampir keseluruhan badan selepas dipercayai terkena nasi dan air daripada periuk nasi dalam satu kejadian tragis pada 8 Mei lalu.

Baca juga: Trend Guna Perkataan ‘Doh & Anjay’ Makin Merisaukan, Penceramah Minta Ibu Ayah Pantau Anak Sekarang!

BAYI USIA 5 BULAN MELECUR AIR PANAS, HAMPIR SELURUH BADAN KENA

melecur air panas

Foto: Harian Metro

Menurut Mohammad Friziny Jainal, 39, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi di rumah mereka di Sungai Plan, Bintulu, Sarawak ketika dia sedang menyiapkan barangan jualan di bahagian belakang rumah.

Bayi Dalam Walker Dipercayai Tarik Wayar Periuk Nasi

melecur air panas

Foto: ChatGPT AI

Ketika kejadian, isterinya, Dayang Norlizawati Awang Umar, 35, berada di dapur manakala anak bongsu mereka, Mohammad Firas Aisy, diletakkan di dalam baby walker di ruang tamu.

Namun tanpa disedari, bayi itu dipercayai bergerak ke kawasan dapur sebelum menarik wayar periuk nasi yang terjuntai.

“Sebelum kejadian, isteri ada masak nasi. Semasa buat kerja di dapur, dia tak perasan bayi kami berada dekat dapur dan menarik wayar periuk nasi.

“Tiba-tiba isteri dengar bunyi benda jatuh dan terkejut melihat anak kami dipenuhi nasi serta air panas,” katanya.

Menurut Friziny, dia yang berlari masuk ke dapur terus panik apabila melihat tubuh dan wajah anaknya kemerahan sambil menangis kuat akibat melecur. Pasangan itu kemudian segera membawa Aisy ke Hospital Nyabau sebelum bayi tersebut dimasukkan ke zon merah sebaik tiba di unit kecemasan.

Doktor memaklumkan bayi itu mengalami luka melecur hampir di seluruh badan terutama di bahagian depan termasuk dada, tangan, paha, kaki kiri serta muka.

Lebih menyayat hati, Aisy terpaksa menjalani pembedahan tampalan kulit akibat kecederaan yang dialami.

“Pembedahan bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang. Hampir seluruh badannya dibalut dan sekarang ditempatkan di wad kebakaran selepas beberapa jam berada di ICU kanak-kanak,” katanya lagi.

“Kami Tunggu Lama Untuk Anak Lelaki Ini”

Friziny turut mengakui dia dan isteri sangat terkesan dengan apa yang berlaku kerana Aisy merupakan anak lelaki yang dinantikan selepas sekian lama.

Daripada lima cahaya mata mereka yang berusia antara 20 tahun hingga lima bulan, hanya anak sulung dan bongsu merupakan lelaki.

“Kami memang jaga dia betul-betul sejak lahir. Saya dan isteri bergilir-gilir menjaganya. Tapi disebabkan lalai sekejap, perkara ini berlaku.

“Saya sangat sedih… tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya harap orang ramai dapat mendoakan Aisy cepat sembuh,” luahnya.

Kejadian ini turut menjadi peringatan buat ibu bapa agar lebih berhati-hati terutama apabila mempunyai bayi kecil yang sedang aktif bergerak menggunakan walker atau merangkak.

Pastikan wayar peralatan elektrik tidak berjuntai dan jauh daripada capaian anak-anak bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Baca juga: Kronologi Terkini Kes Nurfisya Zulkifly: Penuntut Kolej Dit*kam 61 Kali, Apa Sebenarnya Berlaku Di Ketereh?

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×