Euforia Bola 2026
Famili

Sekelip Mata Jadi Tragedi! Besi Panas Bahang Matahari Jadi Punca Tangan Anak Melecur…

tangan anak melecur

Perkongsian seorang ibu, Rabiatul Suhami di Threads baru-baru ini menarik perhatian warga maya apabila tangan anak melecur selepas memegang besi yang menjadi panas akibat bahang matahari. Insiden tersebut berlaku sewaktu keluarga berkenaan sedang berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang.

Baca juga: Ibu Cari Hampir Setengah Jam, Anak Ditemui Meninggal Dalam Istana Belon Yang Dikempiskan

TANGAN ANAK MELECUR TERPEGANG BESI PANAS DI PULAU PINANG

TANGAN ANAK MELECUR

Threads

Menurut Rabiatul, cuaca panas pada hari tersebut menyebabkan besi di lokasi mereka singgah menjadi sangat panas, tanpa disangka mampu mencederakan kulit bayi hanya dalam beberapa saat. Anak kecil yang baru mula pandai berjalan itu tiba-tiba mencapai besi berkenaan sebelum menjerit kesakitan.

Menyedari kecederaan yang berlaku, mereka segera membawa anaknya ke Hospital Pulau Pinang (GH Penang) dan dirujuk terus kepada Pakar Bedah Plastik bagi pemeriksaan lanjut.

Menerusi perkongsian itu, Rabiatul mengakui kejadian berlaku begitu pantas dan tidak disangka-sangka.

“Siapa sangka, besi yang kita selalu pegang ni boleh lecurkan tangan baby hanya sebab panas matahari. Ibu baba minta maaf dik… sekelip mata terus refer Pakar Bedah Plastik GH Penang,” jelasnya.

Tambah Rabiatul, doktor pada awalnya memberitahu bahawa jika lapisan kulit dan isi yang terkena panas menunjukkan tanda kerosakan yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan. Namun selepas cucian dan pemeriksaan dilakukan, keadaan tisu masih baik dan merah sahaja, menandakan kecederaan tidak terlalu dalam.

TANGAN ANAK MELECUR

Threads

“Tak perlu operation… tapi masa mula-mula doktor explain, kalau isi dah ‘masak’, tetap kena operate. Alhamdulillah lepas cuci, warna merah saja kulit dia,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Rabiatul memohon doa orang ramai agar anaknya cepat sembuh dan mereka dapat pulang segera.

Kejadian ini menjadi peringatan besar kepada ibu bapa bahawa objek logam seperti besi pagar, palang, tiang permainan dan perabot luar rumah boleh menjadi sangat panas ketika cuaca terik sehingga mengakibatkan tangan melecur pada kulit bayi dan kanak-kanak dalam masa beberapa saat.

Semoga si kecil Rabiatul diberi kesembuhan yang cepat dan keluarga ini kembali tenang selepas melalui pengalaman cemas ini.

Baca juga: Cleaner Hotel Ajar Teknik Mudah, Bilik Air Terus Wangi, Kerak Hilang & Saluran Pun Tak Tersumbat

Sumber: Threads Rabiatul Suhami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×