Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Isteri Saya Bersalin Anak Perempuan Tapi..”- Bapa Cemas Anak Tertukar Dengan Bayi Lelaki & Ada Tag Nama Isteri!

tertukar bayi

Kelahiran anak yang sepatutnya menjadi detik paling membahagiakan namun bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila pasangan suami isteri mendakwa bayi perempuan mereka tertukar bayi lelaki ketika menerima rawatan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Baca juga: “Umi Pengsan 4 Kali Lihat Keadaan Anak…” Empat Pelajar Cedera Parah Kemalangan Dengan Kereta Guru

TERTUKAR BAYI KETIKA DAPATKAN RAWATAN, IBU AYAH CEMAS

TERTUKAR BAYI

Sekadar gambar hiasan – Kredit: Magnific

Lebih mengejutkan, kedua-dua bayi yang didakwa tertukar itu dikatakan memakai tanda nama milik ibu kepada bayi perempuan berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai prosedur pengendalian di wad hospital terbabit.

Menurut bapa bayi tersebut, Muhammad Harraz Haziq, 24, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan pada 7 April lalu sebelum anak mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk pemantauan lanjut.

Katanya, bayi mereka pada awalnya dijangka dibenarkan pulang sehari kemudian, namun terpaksa ditahan selepas disahkan mengalami jaundis atau demam kuning.

“Malam 8 April, jururawat datang mengambil bayi kami untuk ujian darah. Keesokan paginya sekitar jam 5 pagi, bayi dipulangkan semula dan diletakkan dalam inkubator.

“Namun kira-kira sejam kemudian, isteri saya mula rasa pelik sebelum terkejut apabila mendapati bayi yang berada di situ adalah bayi lelaki, bukannya anak perempuan kami,” katanya.

Muhammad Harraz berkata, dia segera memaklumkan perkara itu kepada jururawat bertugas, namun mendakwa penjelasannya seolah-olah diragui pihak wad.

DITEMUI PADA HARI YANG SAMA

TERTUKAR BAYI

Kredit: Harian Metro

Menurutnya, dia bernasib baik kerana sempat mengambil gambar borang pengesahan kelahiran selepas isterinya bersalin sebagai bukti bahawa bayi mereka adalah perempuan.

“Anak perempuan saya akhirnya berjaya ditemui pada hari sama. Tapi apa yang paling saya tak faham, bagaimana kedua-dua bayi itu boleh memakai tanda nama isteri saya?” katanya kesal.

Tambahnya, dia turut cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak perubatan termasuk doktor bertanggungjawab, namun mendakwa usahanya tidak mendapat maklum balas yang memuaskan.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, Muhammad Harraz membuat laporan polis pada 10 April lalu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, dia tampil berkongsi pengalaman itu kerana mahu pihak hospital memberikan penjelasan yang telus mengenai bagaimana kecuaian prosedur operasi standard (SOP) sedemikian boleh berlaku.

Dia juga berharap insiden sama tidak berulang sehingga menyebabkan trauma kepada ibu bapa lain pada masa akan datang.

Baca juga: Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×