Euforia Bola 2026
Famili

Sedang Sujud Dalam Solat…Pemuda 18 Tahun Hidap Kanser Tahap 4 Pergi Menghadap Ilahi Undang Sebak

rebah ketika solat

Pemergian seorang remaja lelaki yang juga pesakit kanser tahap empat baru-baru ini mengundang rasa hiba dalam kalangan kenalan dan rakan seperjuangannya. Lebih menyentuh hati, arwah dikatakan rebah ketika solat sebelum disahkan meninggal dunia, sekali gus membuatkan ramai tersentuh dengan pengakhiran hidupnya yang dianggap cukup indah.

Baca juga: Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

PESAKIT KANSER TAHAP 4 REBAH KETIKA SOLAT

REBAH KETIKA SOLAT

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Mohd Azuan Asmuni memaklumkan bahawa arwah Muhammad Faris Zhafri Mohd Zailan telah menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser tahap empat dan penyakit paru-paru kronik.

“Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya. Itu janji Allah.hari ini mendapat khabar duka rakan seperjuangan pesakit cancer iaitu adik Faris telah dijemput Ilahi.

“Arwah rebah ketika solat…ketika bersujud untuk bertemu Sang Pencipta. Arwah dikejarkan di zon merah tetapi rezekinya di dunia sudah berakhir. Betapa mulianya kamu di sisi Allah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa insaf dalam kalangan netizen yang mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan beriman.

Dalam masa sama, seorang lagi rakan seperjuangan arwah, Muhammad Syafiq Azman turut berkongsi rasa sedih atas kehilangan sahabat yang dikenalinya ketika menjalani rawatan.

Menurut Syafiq, walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain dalam tempoh lama, hubungan yang terjalin sepanjang menjalani rawatan cukup memberi makna buat dirinya.

REBAH KETIKA SOLAT

Faris Zhafri Bin Mohd Zailan (Tengah dalam gambar)

“Walaupun kami kenal cuma sekejap, kami aktif berwasap dan bertanya khabar. Kami janji nak berkumpul setelah semua sihat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, arwah pernah membantunya mencukur rambut ketika dia mula mengalami keguguran rambut akibat kesan kimoterapi pertama di Hospital Ampang tahun lalu.

Lebih memilukan, daripada kumpulan kecil mereka yang digelar “5 fighters”, kini hanya tinggal dua orang sahaja yang masih meneruskan perjuangan melawan penyakit tersebut.

Arwah Muhammad Faris Zhafri dilaporkan mengalami relapse sebelum sempat menjalani proses transplant. Pemergian arwah turut mengingatkan ramai bahawa ajal tidak mengenal usia, tempat mahupun waktu.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dikurniakan syurga tertinggi. Al-Fatihah.

Baca juga: “Macam Jumpa Diri Sendiri Balik” – Trend Gemini AI Tukar Gambar Dulu VS Sekarang Buat Netizen Sebak

Sumber: Facebook Mohd Azuan Asmuni & Muhammad Syafiq Azman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×